Rakyat Sarawak harap Belanjawan 2026 tumpu luar bandar, pekerjaan dan belia

OLEH: JASMINE AE, NANA MOHAMAD & HAFIQ HASSAN

KUCHING – Menjelang pembentangan Belanjawan 2026, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat berharap kerajaan memberi tumpuan kepada isu asas seperti pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan dan sokongan kepada belia.

Bagi Andrew Esing, 74, perhatian terhadap keperluan asas di luar bandar perlu menjadi keutamaan dalam belanjawan kali ini.

Masih banyak kampung berdepan masalah air tidak selesai dan ada juga kawasan yang masih belum menikmati bekalan elektrik sepenuhnya,” katanya.

Kata Andrew, keutamaan terhadap perkara tersebut dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta memudahkan urusan harian penduduk di luar bandar.

Sementara itu, Nor Iffalisa Brahim, 29, berharap kerajaan memberi fokus terhadap penyediaan peluang pekerjaan untuk graduan baharu yang kini berdepan cabaran mendapatkan pekerjaan tetap.

“Sekarang banyak graduan susah nak dapat kerja tetap sebab peluang terhad dan kebanyakan majikan nak calon yang dah ada pengalaman. Ini buat ramai tak dapat guna ilmu yang mereka belajar,” katanya.

Dia mencadangkan supaya kerajaan memperbanyakkan program latihan, penempatan kerja dan insentif kepada majikan yang mengambil graduan baharu.

Nor Iffalisa turut menambah bahawa bantuan modal dan peralatan untuk graduan yang memilih jalan keusahawanan juga wajar diperkasakan bagi menggalakkan ekonomi belia.

Bagi Amylia Natasya Satra, 24, pula, tumpuan kepada pembangunan belia dan latihan kemahiran perlu terus diperhebat.

“Belia hari ini perlukan ruang untuk membina masa depan stabil melalui program pembangunan modal insan, bantuan dana perniagaan serta akses kepada teknologi dan inovasi,” katanya.

Menurutnya, sokongan berterusan kepada golongan muda akan memastikan mereka kekal menjadi tenaga penggerak utama pembangunan ekonomi negara.

Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi dijangka terus mendapat perhatian rakyat, khususnya dari segi keseimbangan antara pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan dan keusahawanan belia.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja