Pembubaran DUN ruang rakyat nilai kepimpinan berintegriti, selesai isu rakyat

KALABAKAN – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin memberi peluang kepada rakyat untuk menilai semula kepimpinan yang mampu mengurus negeri secara telus, berintegriti dan berorientasikan penyelesaian terhadap isu-isu asas rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, ia amat penting dalam mengembalikan hak dan kuasa rakyat untuk menentukan hala tuju kepimpinan negeri selepas lima tahun pemerintahan.

“Rakyat kini lebih matang dan berkeupayaan menilai kepimpinan yang bukan sahaja pandai berjanji, tetapi mampu melaksanakan dasar yang membawa manfaat langsung kepada masyarakat.

“UMNO sentiasa berpegang kepada prinsip perjuangan rakyat dan pembangunan negeri,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Samasuddin, UMNO Bahagian Kalabakan telah melaksanakan persiapan rapi bagi memastikan setiap kawasan DUN di bawah parlimen berkenaan dapat digerakkan dengan strategi yang tersusun dan berpaksikan kebajikan rakyat.

“Kita akan beri tumpuan khusus terhadap pembangunan modal insan golongan belia dengan memberi penekanan kepada pendidikan, peluang pekerjaan dan pengukuhan ekonomi tempatan sebagai asas kepada kemajuan daerah.

“Belia merupakan tenaga penggerak masa depan negeri. UMNO komited memastikan mereka mendapat ruang yang adil untuk membina kehidupan yang stabil dan produktif,”  katanya.

Sehubungan itu, Samasuddin menyeru pengundi Kalabakan agar menggunakan peluang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini dengan penuh tanggungjawab untuk memilih kepimpinan yang bersih, bebas rasuah serta berorientasikan khidmat kepada rakyat.

“Rakyat berhak mendapat kerajaan yang berintegriti, berkeupayaan mentadbir dan berjiwa rakyat.

“Itulah asas perjuangan yang akan terus dipertahankan UMNO Kalabakan,” tegasnya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan