Dasar strategi pembekalan beras putih tempatan akan dinilai semula – Mat Sabu

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited akan melaksanakan penilaian semula dasar dan strategi pembekalan beras putih tempatan (BPT) sebagai langkah ke arah keseimbangan industri padi dan beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penilaian semula dasar itu akan mengambil kira beberapa faktor termasuklah dari segi harga kawalan, kos pengeluaran serta trend pasaran.

Menurut beliau, hasil penilaian itu kelak akan digunakan bagi memperkemas dasar pembekalan beras pada masa hadapan selepas tamatnya Program Khas BPT Bersubsidi Tahun 2025 pada 31 Ogos lalu.

“Penamatan program ini adalah bagi memberi ruang kepada KPKM untuk melaksanakan penilaian pasaran serta menyelesaikan pelbagai isu yang sudah dikenal pasti sepanjang tempoh pelaksanaannya.

“Hasil daripada penilaian ini akan digunakan bagi memperkemas dasar dan strategi pembekalan beras negara pada masa hadapan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Mohamad menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen (PN) Parit, Muhammad yang meminta KPKM menyatakan inisiatif diambil dalam menyemak semula harga kawalan BPT selaras dengan kos semasa yang ditanggung oleh petani dan pesawah.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan, hasil tinjauan terhadap trend permintaan sejak pelaksanaan program itu mendapati permintaan terhadap BPT hanya mencapai kira-kira 75 peratus berbanding sasaran asal sebanyak 24 juta kampit.

“Hasil sesi libat urus KPKM bersama kumpulan pesawah, pengilang dan pemborong, merumuskan bahawa pengguna ketika ini cenderung membeli beras berdasarkan jenama dan citarasa

“Ia tidak dipengaruhi oleh faktor harga RM26 bagi kampit 10 kilogram berikutan harga runcit beras putih import (BPI) sejak enam bulan lalu tidak lagi terlalu jauh berbeza dengan harga BPT. Ini berikutan penyelarasan jualan BPI di pintu gudang BERNAS daripada RM2,800 kepada RM2,600 per tan metrik yang berkuat kuasa 15 Mei lalu

“Kesan daripada penyelarasan harga BPI berkenaan, KPKM mendapati harga runcit BPI kini turun antara RM1 hingga RM2 bagi setiap kampit 10 kilogram. Hasil penilaian di atas, KPKM berhasrat untuk mengemukakan cadangan mengenai hala tuju pembekalan beras putih dalam negara,” katanya.

Tambahnya, cadangan itu juga akan meneliti mekanisme bagi menangani amalan pencampuran beras untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat sebagai usaha penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh demi keseimbangan dalam industri padi dan beras.

“KPKM berharap segala usaha yang sedang dilaksanakan mendapat sokongan semua pihak demi kebaikan serta masa depan industri padi dan beras negara,” katanya.

Related Posts

Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mengamalkan pendekatan bermusuhan walaupun mengakui wujud perbezaan politik dalam kalangan pemimpin. Memberi contoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan, katanya beliau bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancaran jentera PH suntik semangat hadapi PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN – Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Jumaat disifatkan sebagai pemangkin semangat kepada seluruh jentera gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

Arus deras dipercayai ragut nyawa penjual ikan salai di Kemaman

Arus deras dipercayai ragut nyawa penjual ikan salai di Kemaman

Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX

Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX