UMNO tegas tolak hidang arak dalam majlis rasmi kerajaan

JOHOR BAHRU – UMNO menolak sekeras-kerasnya tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada majlis makan malam anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang dianggap tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kerajaan menghormati agama dan budaya masyarakat berbilang kaum, penganjuran acara rasmi kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam selaras kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Tentunya kita harus menolak dan kita mesti tidak bersetuju dengan program berkenaan.

“Malaysia adalah negara Islam, biarpun kita menghormati agama, budaya dan kelaziman lain-lain agama. Tetapi ini adalah acara kerajaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) peringkat negeri Johor di Arena Larkin, semalam.

Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi menyatakan pendirian UMNO terhadap cadangan berkenaan.

“Sebagai Presiden UMNO, kita menolak 100 peratus cadangan itu. Acara seperti ini tidak pernah diadakan dalam mana-mana program rasmi kerajaan sebelum ini dan ia perlu ditolak,” tegasnya.

Sabtu lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah, yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Jelasnya, acara makan malam yang dijadikan isu oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin adalah ‘inisiatif pihak industri dan sektor swasta’.

Beliau berkata, memandangkan Tourism Malaysia buat julung kalinya menganjurkan acara global sedemikian, pihak industri dan sektor swasta teruja sehingga berhasrat untuk menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam itu.

Related Posts

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PORT DICKSON – Rakyat diseru menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai ruang memberi mandat moral kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendirian tegas dalam isu antarabangsa, usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion