City menang tipis atasi Brentford

ERLING Haaland menjadi watak utama Manchester City apabila jaringannya memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Gtech awal pagi tadi.

Penyerang Norway itu menanduk masuk gol kesembilan musim ini pada minit kesembilan – cukup untuk memastikan tiga mata berharga buat City.

Kemenengan itu juga melonjak skuad kendalian Pep Guardiola ke tangga kelima liga dengan 13 mata daripada tujuh perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu Arsenal menjelang rehat antarabangsa.

Perlawanan itu turut menandakan kemenangan ke-250 Guardiola dalam kempen Liga Perdana Inggeris, namun pengendali dari Sepanyol itu dibayangi kecederaan tonggak tengahnya, Rodri yang terpaksa dikeluarkan pada babak pertama kerana masalah hamstring.

“Kami bermain babak pertama yang luar biasa, hampir kepada yang terbaik dalam banyak aspek.

“Masalahnya apabila kami tidak menjaringkan gol tambahan, separuh masa kedua jadi lebih sukar,” kata Guardiola.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai