Program sinergi KEMAS perkasa ilmu pengetahuan masyarakat luar bandar

LIMBANG – Masyarakat luar bandar diseru agar sentiasa terbuka menerima inisiatif kerajaan kerana program yang dilaksanakan memberi banyak manfaat termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan, melindungi komuniti daripada jenayah scammer serta memperkukuh pembangunan modal insan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, meskipun masyarakat luar bandar tinggal jauh daripada pusat pembangunan, kerajaan tetap prihatin dengan melaksanakan pelbagai program secara berterusan.

“Kerajaan mahu pastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan. Program seperti ini membuka ruang pembelajaran baharu, selain memberi ilmu yang berguna untuk kehidupan seharian. Masyarakat perlu terbuka menyertai kerana faedahnya sangat besar,” katanya ketika merasmikan Program Sinergi: Program Santunan Desa KEMAS 2025 di Dewan Serbaguna Kampung Patiambun pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menegaskan, masyarakat perlu lebih peka terhadap jenayah siber khususnya penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

“Scammer semakin bijak memperdaya mangsa dengan pelbagai cara. Program kerajaan turut memberi pendedahan agar masyarakat lebih berwaspada,” ujarnya.

Program Sinergi merupakan inisiatif strategik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta bagi memperkasa pembangunan modal insan, ekonomi dan keusahawanan luar bandar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Program Jom Masuk Kampung, Program Desa Cerdas, Kem Eksplorasi Belia, Kem Patriotik Kemerdekaan, Wanita Inspirasiku (WINS) serta Mini Ekspo Kemahiran Remaja.

Menurut Hasbi, pendekatan holistik ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran dan kesedaran masyarakat, malah mampu memupuk perpaduan serta melahirkan lebih ramai pemimpin belia di kampung.

Program tersebut berjaya menarik lebih 500 peserta dari Kampung Patiambun dan kawasan sekitar dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan serta NGO termasuk RISDA, MARA, JBPM, FAMA, RELA, Pejabat Kesihatan dan Bank Rakyat Limbang.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit