Indonesia beku lesen TikTok

INDONESIA pada Jumaat membekukan lesen operasi TikTok berhubung ketidakpatuhan syarikat itu terhadap keperluan peraturan negara kerana gagal memberikan data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung semasa protes baru-baru ini, lapor Anadolu.

“Tindakan ini mencerminkan ketegasan kerajaan terhadap keputusan TikTok yang hanya menyerahkan data tidak lengkap mengenai aktiviti TikTok Live ketika rusuhan antara 25 hingga 30 Ogos 2025,” kata Ketua Pengarah Pemantauan Ruang Digital Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Alexander Sabar seperti dipetik agensi berita Antara.

TikTok sebelum ini menggantung fungsi penstriman langsungnya sepanjang tempoh protes pada Ogos sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan.

Menurut Sabar, keputusan membekukan lesen itu dibuat selepas syarikat berkenaan enggan mendedahkan data berkaitan maklumat trafik serta pengewangan aktiviti penstriman langsung, di tengah-tengah dakwaan kandungan perjudian dalam talian semakin meningkat di platform itu.

“Kami telah memanggil TikTok untuk penjelasan langsung pada 16 September dan menggesa mereka menyerahkan data lengkap selewat-lewatnya 23 September.

“Namun, TikTok enggan berbuat demikian dengan alasan polisi serta prosedur dalaman penggunaan data,” katanya.

Beliau menjelaskan, permintaan kerajaan adalah berdasarkan peraturan yang mewajibkan platform memberi akses kepada pihak berkuasa terhadap sistem dan data bagi tujuan pemantauan.

Jakarta sebelum ini turut mengenakan denda hampir AS$900,000 ke atas TikTok bulan lalu kerana kelewatan melaporkan pengambilalihan pasaran dalam talian Tokopedia.

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

NEW YORK – Malaysia menggesa reformasi terhadap institusi kewangan antarabangsa dan sistem perdagangan multilateral supaya lebih berkesan dalam memenuhi keperluan negara membangun. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita