Rakyat Sabah sertai himpunan solidariti untuk Global Sumud Flotilla

KOTA KINABALU – Seramai 200 orang menyertai Himpunan Sumud Flotila bagi Zon Sabah di pekarangan Masjid Negeri Sabah, pada Jumaat.

Himpunan tersebut diadakan selepas solat Jumaat dan solat hajat, sebagai tanda solidariti demi keselamatan sukarelawan Malaysia serta seluruh pasukan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut Yang Dipertua Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Sabah, Mohd Zikri Zainudin, himpunan anjuran ABIM Sabah bersama 19 badan bukan kerajaan (NGO) lain, bertujuan mengecam tindakan Israel menahan sukarelawan GSF di perairan antarabangsa.

Jelasnya, GSF membawa bantuan kemanusiaan berupa makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza yang berdepan kebuluran bukannya senjata atau sebarang ancaman keselamatan.

“Jadi inilah salah satu cara kita menekan, bukan sahaja kita menekan Israel di perairan antarbangsa untuk membuka laluan bantuan kemanusiaan ini untuk masuk ke Gaza dan memberikan bantuan kemanusiaan ini secepat mungkin kerana kebuluran ini sangat-sangat orang kata serius di Gaza sekarang ini. 

“Himpunan ini adalah mesej jelas rakyat Sabah bahawa isu Gaza bukan hanya soal agama atau bangsa, tetapi soal kemanusiaan. 

“Kami mendesak Israel segera membebaskan sukarelawan GSF dan membuka laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza,” katanya kepada media selepas Himpunan Sumud Flotilla (Zon Sabah) di Masjid Negeri, di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, pihak ABIM turut memaklumkan bahawa pihaknya bersama NGO lain akan mengadakan perhimpunan lebih besar di peringkat pusat.

“Seperti pernah diadakan di Stadium Bukit Jalil, bagi terus menekan Israel menghentikan sekatan dan membenarkan bantuan masuk ke Gaza,” ujar beliau.

Terdahulu, media melaporkan semua sukarelawan Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi GSF ke Gaza, berada dalam keadaan selamat dan sihat serta akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Related Posts

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM