Guru bersara awal jadi faktor kekurangan guru di Sabah

KOTA KINABALU – Guru bersara awal adalah antara satu faktor yang menyebabkan kekurangan guru di sekolah-sekolah di Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Datuk Adzman Talib berkata, meskipun kadar pengisian hampir penuh, sekolah-sekolah di negeri ini masih berdepan kekurangan tenaga pengajar berikutan peningkatan jumlah guru yang memilih untuk bersara awal.

“Pada 2024, seramai 12,607 guru di seluruh negara bersara awal berbanding 13,192 orang pada 2023.

“Di Sabah sahaja, sebanyak 947 kes dicatatkan pada 2024 berbanding 813 pada tahun sebelumnya,” katanya ketika memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Jelasnya, faktor beban tugas pentadbiran serta tuntutan digitalisasi yang bertindih juga dikenal pasti antara punca guru meninggalkan profesion lebih awal.

Sehubungan itu, katanya, SPP sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meneliti penyelesaian menyeluruh untuk memastikan kelestarian tenaga pengajar di sekolah-sekolah seluruh negara.

Tambahnya, sehingga 30 Jun 2025, kadar pengisian jawatan guru di Sabah mencapai 97.78 peratus dengan 44,058 guru telah ditempatkan berbanding 45,057 jawatan yang diluluskan di 1,298 sekolah bawah KPM.

“SPP menempatkan seramai 1,000 guru baharu di Sabah sepanjang tahun 2025, melibatkan 315 guru sekolah rendah dan 685 guru sekolah menengah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Hajiji yang konsisten memperkukuh kecemerlangan pendidikan melalui pelbagai inisiatif serta sokongan kepada sekolah dan pelajar di Sabah.

Sementara itu, Hajiji menzahirkan penghargaan terhadap peranan SPP dalam memastikan pelantikan guru yang berwibawa bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah