PRN17 Sabah: STAR, SAPP pilih tanding solo, sah keluar GRS

KOTA KINABALU – Dua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) sah tidak lagi bersama gabungan itu selepas memutuskan untuk bertanding secara solo menggunakan lambang parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. 

Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden GRS yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor pada Rabu. 

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, STAR dan SAPP memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi DUN yang akan dimuktamadkan antara GRS dan PH.

“Ini bermakna STAR dan SAPP berkemungkinan akan meletakkan calon di kawasan-kawasan DUN yang juga bakal ditandingi oleh calon-calon dari PH.

“Oleh itu, calon-calon daripada parti tersebut tidak lagi mewakili GRS dalam PRN17 dan keanggotaan STAR dan SAPP dalam GRS dengan sendirinya tamat,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis. 

Menurut Masidi, Hajiji bersama Presiden parti-parti komponen lain iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) menghormati keputusan STAR dan SAPP untuk bergerak sendiri. 

“Atas prinsip kesatuan, GRS harus bergerak sebagai satu entiti, dengan semua calon GRS menggunakan lambang yang sama iaitu lambang GRS dalam menghadapi PRN17.

“Setelah perbincangan secara terbuka dan ikhlas selama hampir dua jam, mesyuarat telah memutuskan bahawa mana-mana parti komponen yang memilih untuk meletakkan calon menggunakan lambang parti masing-masing dianggap telah keluar daripada GRS,” tegasnya.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dalam mesyuarat itu turut menghormati pendirian parti komponen lain yang memilih untuk terus bersama GRS.

Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana mesra dan terbuka dengan semua pimpinan akur bahawa keputusan itu dibuat secara musyawarah.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan