37 masjid FELDA Wilayah Jengka anjur solat hajat mohon GSF selamat

KUANTAN – Sebanyak 37 masjid dalam Gabungan Masjid Wilayah Jengka menganjurkan solat hajat serentak malam ini sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini diancam tentera regim Zionis.

Inisiatif ini digerakkan bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan misi flotila yang disertai aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Solat Hajat itu turut disusuli dengan bacaan doa qunut nazilah dan tazkirah khas.

Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat Islam seluruh dunia untuk menunjukkan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan yang melanda saudara seagama di Gaza.

“Kita mungkin tidak berada bersama mereka secara fizikal di atas kapal, tetapi dengan doa dan sokongan ini, kita harap ia menjadi kekuatan moral buat mereka yang sedang berjuang menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.

Razak berharap program itu mendapat sambutan dan sokongan menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, belia serta golongan veteran.

“Sebahagian masjid akan mengadakan siaran langsung perkongsian perkembangan terkini misi Global Sumud Flotilla bagi memberi kesedaran kepada jemaah.

“Kita di pihak Gabungan Masjid Wilayah Jengka turut merancang beberapa program susulan termasuk ceramah khas Palestin, tayangan dokumentari kemanusiaan selain pelancaran tabung kutipan berterusan di semua masjid dalam gabungan kita,” ujarnya.

Global Sumud Flotilla adalah misi kemanusiaan antarabangsa yang membawa bantuan perubatan, makanan, dan keperluan asas kepada rakyat Gaza yang sedang berdepan sekatan dan keganasan rejim Zionis.

Related Posts

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diteruskan sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

JOHOR BAHRU – Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini dibatalkan susulan pembubaran DUN Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan