PRN17 Sabah: Sri Tanjong tidak boleh dirunding, wajib calon DAP

TAWAU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) berpendirian teguh mahu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong kekal milik calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah dan tidak boleh dirunding dengan mana-mana parti lain termasuk PKR.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) DAP Sabah, Yap Wui Lip berkata, kerusi berkenaan dimenangi parti itu sejak 2008 dan wajar ditandingi calon daripada parti terbabit.

“PKR dan DAP parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan PH memang ada konsensus, tetapi bagi kerusi Sri Tanjong ini kita tidak boleh runding.

“Untuk kali ini, kerusi ini mesti calon DAP kerana ia memang milik kita sejak dahulu walaupun pada 2020 calon DAP ketika itu menang menggunakan logo Warisan,” katanya kepada media pada majlis makan malam DAP Tawau bersama pengamal media di Restoran Seafood Kam Ling, pada Rabu.

Menurut Wui Lip, selepas penyandang kerusi Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin meninggalkan parti pada 2023, kepimpinan DAP Tawau bersama Ketua Pemuda DAP Tawau, Thien Ee Hang bertekad mengembalikan kekuatan parti di kawasan tersebut.

“Calon dan logo yang digunakan akan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi parti selepas pembubaran DUN Sabah, tetapi di peringkat akar umbi, DAP Tawau sudah bersedia sepenuhnya menghadapi PRN,” ujarnya.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak