Israel serang misi GSF: Dunia Arab tidak boleh terus membisu – Mat Sabu

PARTI Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa dunia Arab tidak boleh terus berdiam diri dan hanya mengeluarkan kecaman kosong terhadap kekejaman rejim Israel, susulan insiden serangan ke atas misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa oleh tentera laut Israel adalah satu jenayah nyata yang melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabul prinsip hak asasi manusia.

“Sudah tiba masanya langkah diplomatik yang tegas dan konkrit diambil bagi menamatkan kekejaman Israel. Dunia, khususnya negara-negara Arab, tidak boleh lagi sekadar mengecam tanpa tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan Israel yang memintas, menaiki secara paksa dan menahan kapal-kapal GSF yang membawa aktivis serta bantuan penting untuk rakyat Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan.

Menurut Mohamad, tindakan menahan aktivis keamanan serta menyekat bantuan kemanusiaan adalah tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Israel tidak mempunyai sebarang hak untuk menahan atau menghalang konvoi tersebut daripada meneruskan misi mereka. Justeru, Amanah menuntut agar semua aktivis yang kini ditahan oleh rejim Israel dibebaskan serta-merta,” tegasnya.

Mohamad turut menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk rakyat Malaysia, agar terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mendoakan keselamatan semua aktivis yang kini ditahan.

Misi GSF merupakan inisiatif antarabangsa yang menghimpunkan lebih 30 kapal membawa sukarelawan dari pelbagai negara, dalam usaha menghantar bantuan ke Gaza yang terus dikepung oleh rejim Zionis.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha