Pas & PN: Retak menanti belah, audio tular bongkar wayang kuasa

RAKYAT kini semakin jelas bahawa segala laungan moral dan agama oleh Pas hanyalah topeng politik.

Tularnya rakaman audio yang mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri mendedahkan wajah sebenar parti itu: rakus kuasa, penuh muslihat, dan sanggup berbohong kepada pengundi.

Pas tertangkap buat pakatan sulit

Selama ini Pas menuduh pihak lain tidak berprinsip, namun kini mereka sendiri tertangkap.

Rakaman tersebut membongkar bagaimana perbincangan sulit dijalankan tanpa pengetahuan penyokong akar umbi.

Kononnya Pas berjuang atas dasar Islam, tetapi realitinya mereka sibuk mengatur kedudukan kuasa untuk kroni.

Retak dalam Perikatan Nasional

Perikatan Nasional (PN) yang sering melaungkan kononnya gabungan ‘stabil dan bersatu’ kini terbongkar sebagai sarang perebutan kuasa.

Muhyiddin masih teringin kembali ke kerusi PM, Hadi pula sudah melobi Hamzah sebagai calon. Bersatu dan Pas berebut siapa lebih dominan. Mana letaknya fokus kepada rakyat?

PN hilang arah, rakyat jadi mangsa

Ketika rakyat berdepan inflasi, pengangguran dan tekanan hidup, Pas dan PN pula bersekongkol dalam mesyuarat gelap untuk berebut jawatan Perdana Menteri.

Inilah bukti bahawa perjuangan mereka bukan demi rakyat, sebaliknya hanya untuk perut sendiri.

Rakyat tidak pernah menjadi keutamaan, sebaliknya hanya alat untuk mereka mengekalkan kuasa.

Imej Pas tercalar teruk

Pas selama ini menjual imej kononnya ‘bersih dan suci’. Tetapi dengan tularnya audio ini, rakyat akhirnya melihat wajah sebenar: penuh dengan percaturan kuasa, muslihat, dan permainan belakang tabir.

Jika mereka sanggup menipu penyokong sendiri, apatah lagi bila memegang kuasa di Putrajaya?

PN kian rapuh

Audio tular ini adalah simbol retak besar dalam PN. Pas menuding ke Hamzah, Muhyiddin enggan berundur, Bersatu pula jadi kuda tunggangan.

Gabungan ini tidak ubah seperti kapal pecah yang menunggu masa karam. Jika beginilah ‘kesepakatan’ mereka, tidak hairan PN akan hancur sebelum sempat menawarkan apa-apa solusi kepada rakyat.

Rakaman audio ini adalah amaran jelas jangan tertipu dengan retorik Pas dan PN. Mereka bukan gabungan yang stabil, jauh sekali membawa agenda rakyat.

Apa yang mereka mahukan hanyalah kuasa. Rakyat tidak boleh menyerahkan masa depan negara kepada kumpulan oportunis yang berselindung di sebalik agama dan slogan kosong.

Kini terbukti PN retak, Pas hipokrit, rakyat jadi mangsa.

Related Posts

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

ANGKA RM454 juta yang dicatatkan Terengganu bagi tahun 2025 sememangnya satu pencapaian yang wajar diiktiraf. Ia dilaporkan sebagai kutipan hasil negeri tertinggi dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kira pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri