Jerung rasuah perlu diperangi dan jangan lagi dibelai

TAHNIAH kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berani menetapkan sasaran dua hingga tiga tahun untuk membersihkan negara daripada segala najis rasuah dan salah guna kuasa.

Demikian ucapannya semasa menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI di Institut Intergriti Malaysia baru-baru ini.

Sasarannya itu bukan kecil-kecilan malah ia menyasarkan jerung-jerung besar yang sekian lama berenang bebas dalam lautan politik dan kuasa.

Sebelum ini beberapa pemimpin turut melakukan kempen rasuah tetapi indah khabar dari rupa.

Rakyat sudah lama bosan dengan slogan muluk: “Bersih, Cekap, Amanah”, “Kepimpinan Melalui Teladan”. Indah di dinding, busuk di belakang. Slogan tinggal slogan, anak cucu mereka pula yang muncul kaya-raya. Akhirnya, rakyat hanya mampu tepuk tangan pada pentas, tetapi poket makin kosong.

Jerung-jerung inilah asal segala barah rasuah. Kalau jerung pun tunduk pada undang-undang, ikan bilis pasti kecut perut untuk meniru.

Tetapi bila jerung dibelai, dijulang, diberi karpet merah walaupun sudah terbukti salah, apa yang hendak ditakutkan oleh bilis?

Lebih parah, ada pula yang mengangkat jasa lama sebagai alasan meringankan hukuman. Kononnya “dia banyak berjasa kepada negara.” Ya, benar tetapi siapa pula yang tidak berjasa? Petani yang menanam padi, guru yang mendidik anak bangsa, doktor yang berjaga malam semua pun berjasa. Bezanya, mereka tidak menyamun berbillion ringgit.

Inilah penyakit ‘double standard’ yang membuat rakyat marah. Rakyat bawahan mencuri sekampit beras, hukuman tetap jalan.

Pemimpin sakau berbillion, hukuman jadi tawar-menawar. Maka lahirlah tanggapan, undang-undang hanya tajam ke bawah tetapi tumpul ke atas.

Harapan rakyat kini jelas iaitu jangan lagi ada kompromi. Kalau benar mahu memulihkan negara, jerung mesti digari, bukan disanjung. Jika jerung berjaya diikat, ikan bilis akan segera hanyut sendiri.

PMX sudah janji, rakyat tunggu bukti. Kali ini jangan lagi sekadar sembang dan rakyat mahu melihat hasilnya itu.

Related Posts

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

TERENGGANU meletakkan sasaran besar pada SUKMA Selangor 2026, 61 pingat emas dan kedudukan tiga terbaik negara. Tetapi di sebalik aspirasi tinggi itu, timbul satu persoalan yang wajar dijawab kerajaan negeri:…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan