Kapal tentera Israel ugut, rosakkan sistem komunikasi misi GSF

PUTRAJAYA – Sebuah kapal tentera Israel memulakan tindakan kejam terhadap Global Sumud Flotilla (GSF) dengan melakukan ugutan dan merosakkan sistem komunikasi dalam membuat halangan agar pelayaran misi kemanusiaan itu tidak sampai ke perairan Gaza.

Ia hantaran terbaharu pendakwah, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat di Facebook Rahmad Sumud Nusantara yang memetik sumber Instagram (IG) Thiagoavilabrasil.

“Urgent!!! … sebuah kapal tentera Israel baru sahaja menghampiri bot kami, melakukan ugutan, merosakkan sistem komunikasi kami serta melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama kami, Alma dan Sirius!”.

“Walaupun berlaku kerosakan pada peralatan elektronik, tiada siapa yang cedera dan kami terus berlayar ke Gaza untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan,” kata hantaran tersebut.

Sementara itu, berdasarkan laporan Anadolu Ajansi (AA), wartawan Al Jazeera yang berada di atas bot itu berkata, hubungan komunikasi dengan kapal Alma, iaitu kapal utama dalam misi bantuan kemanusiaan berjaya dipulihkan selepas terputus seketika.

Menurutnya, sebuah kapal Israel menghampiri Alma sehingga kira-kira 1.5 meter dan menyekat semua sistem komunikasi serta enjinnya menyebabkan ia tidak berfungsi.

Peserta di atas Alma juga bertindak membuang telefon bimbit mereka ke laut mengikut protokol keselamatan yang ditetapkan.

Wartawan itu kemudian melaporkan sebaik kapal Israel berkenaan meninggalkan bot, mereka meneruskan kembali pelayaran dan kini berada 225 kilometer dari wilayah yang dikepung itu.

Terdahulu, Sumud Nusantara Official memaklumkan konvoi berkenaan kini berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga selepas menerima laporan peningkatan aktiviti dron di ruang udara laluan misi.

Katanya, situasi berkenaan menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Pada Selasa, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) dilaporkan menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki zon merah dalam masa 28 jam, iaitu pada Rabu jam 7 petang waktu Malaysia.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan