Jangan lagi pandang enteng kepentingan CRS dalam kenderaan

PUTRAJAYA – Kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) disarankan wajib dipakejkan bersama pembelian kenderaan baharu bagi memastikan setiap keluarga dilengkapi perlindungan dalam mengurangkan kemalangan maut terhadap bayi.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, bayi terdedah kepada risiko tercampak atau hentakan ketika perlanggaran, tanpa CRS yang sesuai.

Menurut beliau, tragedi maut seorang bayi berusia 16 bulan di Plaza Tol Bukit Kajang akibat tidak diletakkan dalam CRS berdasarkan siasatan awal seharusnya membuka mata pelbagai pihak dalam menjadikan pengajaran.

“Kerusi keselamatan kanak-kanak adalah pelaburan penting, bukannya kemewahan. Ramai beranggapan perjalanan dekat tidak memerlukan CRS, sedangkan banyak kemalangan berlaku dalam jarak beberapa kilometer dari rumah.

“Pemilihan kerusi CSR haruslah mengikut umur dan berat anak, pemasangan betul, serta penggunaan tali keselamatan ketat adalah faktor kritikal,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, CRS direka untuk menyerap sebahagian tenaga hentakan ketika kemalangan, serta mengekalkan kedudukan tubuh kanak-kanak dalam keadaan paling selamat.

“Tragedi maut yang mengorbankan seorang bayi berusia 16 bulan di Plaza Tol Bukit Kajang minggu lalu perlu menjadi pemangkin kepada perubahan sistemik. CRS wajib dipakejkan bersama pembelian kenderaan baharu. Dalam situasi ini, kecederaan boleh menjadi lebih serius, bahkan membawa maut

“Tidak seperti tali pinggang keledar biasa yang tidak sesuai untuk tubuh kecil, CRS mempunyai sokongan menyeluruh, termasuk tali keselamatan berbilang titik. Ini terbukti penting kerana statistik antarabangsa menunjukkan kerusi keselamatan yang dipasang betul boleh mengurangkan risiko kematian lebih 50 peratus bagi kanak-kanak dalam kemalangan,” katanya

Sementara itu, Teik Hua menyambut baik cadangan Kementerian Pengangkutan untuk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada Puspakom bagi pemeriksaan kenderaan komersial namun kelompangan yang perlu diberi perhatian adalah kualiti dan integriti pemeriksaan yang dijalankan benar-benar mematuhi piawaian yang ditetapkan atau sekadar bersifat rutin dan longgar.

“Lihat dahulu prosedurnya adakah ia cukup lengkap, sama ada peralatan digunakan berkualiti tinggi malah apakah pegawainya cekap serta berkemahiran. Kalau pemeriksaan tidak dilakukan secara terperinci, risiko tetap tinggi meskipun dijalankan oleh banyak syarikat,

“Justeru, pemantauan perlu lebih kerap dan menyeluruh. Semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan secara lebih serius demi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kegagalan sistem brek menyebabkan lori itu melanggar tiga kenderaan yang sedang menuju ke lorong tol lapan dan lorong tol sembilan plaza tol.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar