Kekurangan bukan halangan, 3 pelajar baharu UMS kongsi kisah inspirasi

KOTA KINABALU – Tiga pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuktikan bahawa kekurangan bukanlah halangan untuk menuntut ilmu apabila masing-masing tampil berkongsi kisah inspirasi sempena Minggu Suai Mesra (MSM) sesi 2025/2026.

Muhammad Ikhwan Al-Muntadzir Ahmad Muldjamil, 19, dari Lahad Datu, yang kini mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) berkata, kejayaannya menjejak kaki ke universiti ini adalah penghargaan kepada pengorbanan ibu bapa dan doktor yang menyelamatkan nyawanya sejak lahir.

“Saya terhutang budi kepada ibu, bapa dan doktor yang menyelamatkan saya semasa lahir dahulu.

“Dalam tempoh masa tiga hari saja, saya mesti dibawa ke Kota Kinabalu untuk buat pembedahan. 

“Kalau tidak, mungkin hari itu, mungkin hari ini saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Ikrar dan Aku Janji MSM ke-31 di Dewan Canselor UMS, Selasa.

Beliau yang menjalani pembedahan kolostomi seawal usia tiga hari berkata, bidang perubatan dipilih kerana merasakan dirinya perlu memberi semula dalam bidang yang telah menyelamatkannya.

Ikhwan, graduan Asasi UMS sesi 2024/2025, turut menyentuh cabaran kecil berkaitan kemudahan tandas.

“Cabaran dari segi kemudahan tandas… terkadang ada setengah kawasan tiada, jadi saya terpaksa cari jauh. 

“Tapi secara keseluruhan, kemudahan UMS bagus dan bersih,” ujarnya.

Bagi Micheal Lovinon Moosom, 19, dari Penampang, yang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, cabaran sebagai penghidap disleksia tidak menghalangnya untuk meneruskan cita-cita.

“Jadi, perkataan kadang-kadang pandai tertukar. 

“Jadi, bila saya buat esei, kebanyakan adalah masalah.

“Buat masa ini, saya rasa saya tiada masalah. Saya rasa saya boleh lakukan sahaja yang saya mahu lakukan di UMS,” kongsinya.

Beliau turut menjadikan ibu dan adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) Down Syndrome sebagai pendorong.

“Saya mahu membalas jasa ibu saya dan menyokong adik perempuan saya. 

“Ini mendorong saya untuk terus belajar dan berjaya,” ujarnya.

Sementara itu, Wyn Cheazer Canggat, 19, dari Miri, Sarawak, yang menuntut dalam bidang Matematik dengan Ekonomi berkata, beliau dilahirkan dengan kekurangan fizikal apabila kaki kanannya lebih rendah berbanding sebelah kiri.

Namun katanya, fasiliti dan prasarana UMS mesra OKU serta cukup baik untuk menyokong pengajiannya.

“Fasiliti yang disediakan oleh UMS ini cukup untuk saya dan juga untuk OKU lain. 

“Saya puas hati dengan kemudahan yang ada,” katanya yang juga bekas pelajar Asasi UMS.

Sebagai rekod, MSM UMS sesi 2025/2026 berlangsung bermula 27 September hingga 1 Oktober dengan pelbagai pengisian program, dan Majlis Ikrar serta Aku Janji disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Related Posts

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B KANOWIT – Masyarakat di kawasan Ngemah diseru supaya terus mengekalkan semangat perpaduan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

IPOH – Seorang gadis berusia 23 tahun pengsan ketika menyertai aktiviti pendakian di Bukit Tunggal, Kampung Gajah dekat sini pada pagi Sabtu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Jangan nafikan masalah Rohingya, abai nilai kemanusiaan – Marina Ibrahim

Jangan nafikan masalah Rohingya, abai nilai kemanusiaan – Marina Ibrahim

PM lulus RM250,000 untuk SMK Sipitang

PM lulus RM250,000 untuk SMK Sipitang

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya