Inkues Zara: Arwah dimarahi pelajar secara garang – Saksi kanak-kanak ke-7

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ketujuh dalam inkues Zara Qairina Mahathir, 13, memberitahu mahkamah koroner pada Selasa, bahawa arwah dimarahi pelajar secara garang.

Menurut peguam kepada Ibu Zara, Rizwandean M Borhan, saksi berkenaan mendedahkan pada 15 Julai lalu, Zara datang ke bilik asramanya dengan memberi salam sebelum masuk.

Beliau berkata, saksi memberitahu Zara kemudian duduk di hujung bilik di kawasan sempit antara katil dan loker dalam keadaan takut.

“Empat orang pelajar masuk ke dalam dorm. Seorang pelajar memarahi Zara dengan suara kuat sambil menjerit dan mengeluarkan kata kesat. 

“Ada beberapa pelajar lain turut menegur Zara dan pelajar tersebut memarahi Zara dengan bersikap garang,” katanya dalam sidang media selepas selesai prosiding Inkues Zara Qairina di Mahkamah Koroner, pada Selasa.

Katanya lagi, pada waktu itu seorang rakan sebilik Zara telah memeriksa loker Zara dan menemui pin bendera milik pelajar.

Dalam pada itu, peguam berkata, saksi turut memberitahu bahawa Zara sebagai seorang pelajar ceria, peramah dan sering menegur rakan lain dengan cara baik.

“Zara pernah menyatakan hasrat untuk menjadi Badar (pengawas surau). 

“Namun begitu ada segelintir pelajar tidak menyukainya kerana Zara mencatat nama mereka yang tidak hadir solat jemaah di musolla,” jelasnya.

Sebagai rekod, prosiding yang melibatkan keterangan saksi kanak-kanak kelapan ditangguhkan hari ini dan akan bersambung pada 7 Oktober ini.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan