Inkues Zara: Saksi kanak-kanak ke-8 dedah arwah pernah bertanya soal terjun dari tingkat 3

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak kelapan dalam prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa pada April lalu, arwah pernah bertanya kepadanya soalan, “Bagaimana kalau saya terjun dari tingkat 3, kau sedih ka?”

Menurut peguam bela, Datuk Ram Singh, saksi yang juga rakan sebilik Zara berkata, dia menasihati arwah agar tidak mengeluarkan kata-kata sebegitu kerana ia tidak baik, namun Zara hanya diam sambil kelihatan murung dan memandang ke bawah dari koridor asrama.

Ram berkata, saksi turut memberitahu bahawa malam sebelum kejadian Zara ditemukan tidak sedarkan diri, arwah dipanggil ke bilik asrama lain oleh pelajar senior tingkatan empat berhubung isu kehilangan barang.

“Selepas balik ke dorm, Zara terus baring di lantai sambil menangis dan saya dengar dia berteriak ‘aku nda curi bah, sial’.

“Saksi tidak tahu bagaimana Zara berjumpa dengan senior tingkatan empat kerana tidak pergi ke bilik sebelah.

“Sebelum ini, senior tingkatan empat tidak pernah berjumpa dengan Zara. Setahu saksi, hanya sekali pada 15 Julai malam,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding inkues hari ke-17 di sini pada Selasa.

Menurut Ram, saksi menjelaskan sebelum kejadian itu Zara tidak pernah mengadu tentang masalah peribadi, tekanan belajar atau gangguan daripada pelajar lain.

Saksi turut menyifatkan Zara seorang yang peramah dan gemar menulis diari pada waktu petang dan malam di asrama, namun tidak pasti jumlah diari yang dimiliki arwah kerana dia sendiri tidak pernah membacanya.

“Saksi memberitahu selepas Zara berjumpa dengan senior tingkatan empat di dorm A3-6, Zara nampak seperti terganggu.

“Zara baring di lantai sambil menangis di depan almari.

“Zara tidak pernah menjerit dan menangis sebelum ini. Dia juga tidak pernah mengadu tentang masalah persendirian atau berkonflik dengan sesiapa.

“Zara tidak pernah mengadu tentang gangguan semasa di asrama seperti buli, tekanan belajar dan keletihan,” katanya.

Prosiding yang memasuki hari ke-17 itu ditangguhkan dan akan bersambung pada 7 Oktober dengan keterangan seorang saksi ahli kimia sebelum sesi soal balas terhadap saksi kanak-kanak tersebut diteruskan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan