Inkues Zara: Dua saksi beri gambaran jelas pada malam kejadian

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, pada hari ke-16 mendengar keterangan saksi kanak-kanak kelima dan keenam yang memberi gambaran jelas mengenai peristiwa pada malam kejadian.

Menurut peguam bela, Azhier Farhan Arisin, saksi kelima tampil memberi keterangan bahawa arwah Zara tidak didera, diaibkan, ditindas atau ditertawakan semasa perjumpaan pada malam kejadian.

Jelasnya, saksi tersebut menafikan wujudnya geng tersebut di asrama, sebaliknya menjelaskan bahawa ‘Circle 19’ hanyalah sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sekolah bukannya kumpulan gengsterisme.

Tambahnya, saksi menjelaskan bahawa ‘Circle 19′ tidak terlibat secara langsung dalam peristiwa malam tersebut membuli sehingga membawa kepada kematian.

Sehubungan dengan itu, saksi kelima berkata, arwah Zara memang dipanggil oleh lima pelajar tingkatan empat di dalam bilik pada malam kejadian.

“Saksi turut mengesahkan ada terdengar seorang pelajar mengungkapkan kata-kata kesat ‘bodoh sial’, namun menjelaskan ia tidak ditujukan kepada arwah Zara.

“Saksi turut menafikan kumpulan tersebut terlibat dalam perjumpaan bersama Zara, mengepungnya, mahupun ada kaitan dengan kematiannya,” katanya dalam sidang media selepas selesai prosiding Inkues Zara Qairina di Mahkamah Koroner, pada Isnin.

Jelasnya, semasa prosiding beliau turut menyoal saksi sama ada kematian Zara disebabkan  buli atau tidak dan saksi tersebut berkata tidak.

Sementara itu, katanya saksi kanak-kanak keenam pula memberikan keterangan konsisten dengan mengatakan bahawa terdapat suara pelajar tingkatan empat dengan nada tinggi pada malam kejadian.

“Namun dia tidak dapat mengesahkan perkataan yang dilontarkan. Kedua-dua saksi turut menafikan mendengar ugutan kasar seperti ‘aku injak kepala kau Zara’,” ujarnya.

Tambahnya, mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua saksi bukan rakan rapat arwah, namun mereka adalah saksi mata yang berada di tempat kejadian di dalam dorm berkenaan.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan