Program ‘Ceria dan Sihat Bersama PERDIM’ di Alur Beruang bulan depan

KUANTAN – Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) akan menganjurkan program ‘Ceria dan Sihat Bersama PERDIM’ di Kampung Orang Asli Alur Beruang, dekat Pekan, pada Rabu ini.

Mesyuarat penyelarasan program itu diadakan semalam yang dihadiri Presidennya, Dr Boi Saidi Abd Razak di balai raya kampung itu.

Dalam mesyuarat berkenaan, perbincangan rasmi bersama Tok Batin Kampung Orang Asli Alur Beruang, Jazli Abdullah.

Dr Boi Saidi memaklumkan, melalui penganjuran program itu, pihaknya antara lain akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung berkenaan.

“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak PERDIM untuk masyarakat Orang Asli di sekitar daerah Pekan.

“Semua kos untuk program CSR ini adalah hasil sumbangan dan kutipan daripada ahli PERDIM sendiri,” jelasnya.

Fokus utama mesyuarat adalah bagi merancang dan menyelaras program itu supaya berjalan dengan teratur.

“Kalau ikutkan perancangan, kita akan ada dua sesi pada hari Rabu ini… sebelah pagi, kita sediakan pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kecantikan dan kesihatan serta majlis berkhatan untuk 20 penduduk kampung ini.

“Untuk sesi malam pula, kita anjurkan pertandingan karaoke dan semua penduduk Kampung Orang Asli Alur Beruang boleh mengambil bahagian,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, agihan pakaian terpakai juga akan dilakukan pada sesi kedua, iaitu ketika pertandingan karaoke berlangsung.

“Menjadi harapan kami di PERDIM supaya program ini membuka jalan kepada lebih banyak penganjuran program serupa di masa akan datang.

“Paling utama adalah kita ingin menanamkan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan memahami risiko penyakit yang boleh merebak dengan mudah jika mengabaikan kebersihan diri,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit