Larangan vape: Selangor tidak akan dahului keputusan Persekutuan

CADANGAN larangan penuh penggunaan rokok elektronik atau vape di Selangor bergantung keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang menunggu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti cadangan larangan berkenaan.

Exco Kesihatan Awam Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, sebarang keputusan mengenai perkara itu termasuk cadangan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan disasar dapat dilaksanakan hujung tahun ini.

“Kita nak tengok apakah naratif (penguatkuasaan larangan) dari Kerajaan Persekutuan. Negeri juga berharap pengharaman dibuat secara menyeluruh, sekiranya ingin membenteras isu penggunaan vape ini.

“Namun, sekiranya pengharaman yang menyeluruh tidak mampu dilaksanakan, mekanisme pengawalan vape perlu dibuat membabitkan kerjasama Kerajaan Negeri dengan persekutuan untuk memastikan perundangan dapat diperketat dan pemantauan penguatkuasaan secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Kembara Denggi Selangor Siri 2 di Kajang, semalam.

Jamaliah menegaskan, Selangor tidak boleh terburu-buru dan mendahului keputusan persekutuan berhubung sebarang dasar berkaitan kawalan tembakau dan vape.

“Larangan ini ambil sedikit masa kerana kita ingin memastikan tindakan pengutkuasaan dapat diharmonikan dari setiap agensi berbeza yang melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Jadi untuk tujuan penyelarasan penguatkuasaan dan perundangan, kita akan menganjurkan bengkel setiap agensi terlibat sebelum cadangan larangan dibentangkan ke MMKN,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM menyasarkan pengharaman penjualan vape dapat dikuatkuasakan seawal pertengahan tahun depan secara berperingkat, bermula dengan sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis produk.

  • Related Posts

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

    Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

    Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

    Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

    Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar