PMX beri jaminan tiada campur tangan siasatan SPRM

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana pihak termasuk pemimpin negeri.

“Kalau ada kes, terus SPRM siasat. Kalau ada bukti kuat, tangkap. Kalau tidak ada bukti, jangan kita hukum.

“Kita mesti adil dan ikut undang-undang. Akhirnya kita semua bertanggungjawab kepada Allah SWT,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum dan Himpunan Keadilan bersempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Yu Yuan, di sini, pada Jumaat.

Anwar menegaskan, syarat utama bagi seseorang pemimpin ialah bersifat jujur, bertanggungjawab serta tidak mengambil harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

“Malaysia boleh jadi antara negara paling berjaya di Asia dan dunia.

“Syarat nombor satu ialah kepimpinan mesti bertanggungjawab. Wakil rakyat dan rakyat mesti sokong pemimpin yang tidak curi harta rakyat,” ujarnya.

Beliau yang juga Presiden PKR turut mengingatkan bahawa budaya politik sempit berasaskan isu perkauman atau wilayah tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat, sebaliknya hanya merugikan negeri.

“Kalau masih fikir gaduh kaum, gaduh wilayah, sampai musim pilihan raya negeri (PRN) semua mahu jadi hero Sabah.

“Tapi cuba tanya, berapa balak dicuri, berapa projek diangkat? Kalau betul hero, jaga rakyat, jangan curi harta rakyat,” kata beliau.

Tambah Anwar, walaupun dirinya pernah melalui pelbagai cabaran termasuk dipenjarakan, beliau memilih untuk memaafkan sejarah lalu, namun tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan merompak wang rakyat.

“Saya boleh maafkan kalau orang hina, pukul atau penjarakan saya. Tapi kalau curi ratusan juta, bilion ringgit, itu bukan wang saya, itu wang rakyat.

“Itu saya tidak boleh maafkan. Duit itu mesti dikembalikan kepada rakyat,” katanya lagi.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI