Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor mohon maaf kepada Syahredzan

WAKIL rakyat Pas, Mohd Shafie Ngah mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berikutan tohmahan terhadap ahli DAP itu beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat ‘secara nyata’ atas dakwaan melibatkan Syahredzan sebagai bukan seorang Muslim yang jujur, tidak taat beragama serta menyokong ideologi komunis.

“Saya mengakui bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah secara penuhnya tidak benar, tidak berasas dan secara keseluruhannya tidak mempunyai sebarang merit.

“Saya amat kesal dalam membuat atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan tersebut serta secara penuh menyedari kecederaan, distres dan kerosakan reputasi yang disebabkan oleh tindakan-tindakan saya kepada YB Syahredzan,” katanya dalam kenyataan terbuka hari ini.

Mohd Shafie yang juga ADUN Sungai Ramal membuat permohonan maaf itu atas kenyataan dibuatnya dalam siaran langsung di Facebook pada 25 Oktober 2022, serta antara 8 Julai 2023 hingga 12 Julai 2023.

Bagaimanapun Syahredzan mengemukakan saman ke atas Mohd Shafie selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu gagal memenuhi tuntutan yang dibuat ekoran kenyataan dikeluarkan itu.

Saman berkenaan difailkan Syahredzan pada Julai 2023 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI