PRN17 Sabah: PH teruskan kerjasama dengan BN, GRS

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) kekal meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia.

“Bagi pihak PH, kami bekerjasama dengan BN dan kami juga bekerjasama dengan GRS,” katanya ketika ditanya media selepas program Himpunan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Kampung Kobuni Inanam, di sini pada Jumaat.

Mengulas pertanyaan sama ada kehadiran semua jentera parti pada program itu memberi bayangan kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Anwar menjelaskan ia adalah perkara berasingan.

Jelasnya, tumpuan utama ketika ini adalah kepada usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini.

“Jentera pilihan raya satu bab, tapi banjir yang penting, sebab ada fasa pertama itu sedang dijalankan fasa kedua mesti dipercepatkan.

“Kemudian sekolah itu RM39 juta saya minta pihak persekutuan segerakan.

“Kemudian sekolah yang bangunan papan harus dibangunkan semula,” ujarnya.

Sebelum itu, Anwar berkesempatan untuk melawat SK Rampayan dan Jeti Sungai Inanam Laut yang terjejas akibat banjir baru-baru ini bersama-sama dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan