KDN tawar ganti MyKad, dokumen JPN secara percuma kepada mangsa banjir Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menawarkan penggantian secara percuma bagi MyKad dan dokumen rasmi lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada mangsa banjir di Sabah sebagai langkah segera membantu mereka yang kehilangan dokumen pengenalan diri akibat bencana alam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran itu melibatkan dokumen penting seperti MyKad, sijil kelahiran, sijil perkahwinan dan dokumen berkaitan yang rosak atau hilang semasa mangsa menyelamatkan diri, termasuk kes tanah runtuh dan kawasan dinaiki air.

“Banjir sering berlaku secara mendadak dan rakyat tidak sempat selamatkan dokumen penting.

“Justeru, kita di KDN ambil tanggungjawab untuk gantikan semua dokumen berkaitan JPN secara percuma, supaya mangsa tidak terbeban,” katanya dalam sidang media semasa lawatan kerja ke kawasan terjejas banjir di Sabah, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, usaha penggantian MyKad secara percuma ini juga merupakan sebahagian daripada sokongan KDN terhadap pelaksanaan dasar subsidi bersasar iaitu BUDI95 yang akan bermula pada 30 September ini iaitu MyKad akan digunakan untuk mengesahkan kewarganegaraan dalam pembelian petrol RON95 pada harga subsidi.

“Jika cip MyKad rosak, rakyat mungkin gagal menikmati subsidi tersebut.

“Maka kita turut tawarkan penggantian MyKad cip rosak secara percuma sehingga 7 Oktober ini di seluruh negara.

“Walaupun KDN kehilangan hasil RM714,000, tapi kami bangga kerana kami menjadi agensi yang menjadi “enabler” untuk menjayakan BUDI95,” katanya.

Beliau turut menggalakkan rakyat yang terjejas, termasuk mereka di luar kawasan banjir, agar segera menggantikan MyKad yang rosak sebelum tarikh akhir, bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima subsidi yang hanya diperuntukkan kepada warganegara.

Dalam lawatan tersebut, Saifuddin turut menyerahkan bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur yang diselaraskan oleh agensi-agensi di bawah KDN, kepada mangsa yang masih terkesan.

Seramai 93 orang kakitangan agensi di bawah KDN di Sabah turut terjejas akibat banjir, manakala 20 mangsa lagi masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang menerima sumbangan ihsan itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar