Pemuda Pas jangan jadi macam tin biskut raya lepas Syawal

PEMUDA Pas sekali lagi membuktikan mereka sekadar tahu membangkang tanpa sebarang solusi.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan mereka mengenai BUDI95 hanyalah pengulangan retorik lama mengkritik sana-sini, tetapi kosong daripada cadangan alternatif yang realistik.

Katanya, aneh bila generasi muda dari parti politik yang berangan nak jadi Perdana Menteri menuduh kerajaan gagal, tetapi tidak pula mereka bentangkan pelan bagaimana subsidi boleh diagih dengan lebih baik.

“Adakah mereka kemukakan mekanisme untuk elak ketirisan? Tiada.

“Adakah mereka cadangkan strategi fiskal jangka panjang? Juga tiada.

“Yang mereka tahu hanyalah membebel, melabel, mencari kelemahan, sambil menutup hakikat bahawa kerajaan kini sedang bergerak ke arah reformasi subsidi yang lebih adil dan mampan,” katanya.

Jelasnya lagi , BUDI95 bukan dasar sempurna, tetapi ia satu langkah transisi yang jauh lebih baik daripada sekadar mengekalkan subsidi pukal yang membocorkan kewangan negara seperti yang Pas sendiri tidak pernah berani ubah ketika mereka berkuasa.

“Janganlah Pemuda Pas hanya pandai buat bising, tetapi bila ditanya solusi, mereka kosong. Cakap besar konon nak bela dan selamatkan rakyat, tapi bila ditanya jawapan kosong macam tin biskut raya lepas Syawal.

“Jangan hanya sibuk bermain sentimen politik berbanding menawarkan dasar yang rasional untuk rakyat.

“Jangan jadi ibarat pasukan bola pandai jerit dari tepi padang, tapi bila masuk padang permainan, cari bola pun tak jumpa,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan