Iran dedahkan projek nuklear Israel

TEHRAN – Iran berjaya mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan rahsia mengenai saintis Amerika Syarikat (AS) dan Eropah selain menyiarkan gambar kemudahan nuklear Israel.

Media Iran melaporkan, bahan-bahan tersebut diperoleh menerusi operasi perisikan yang dilakukan berbulan-bulan lalu, dengan para pegawai menyifatkannya sebagai kejayaan keselamatan terhadap negara penceroboh itu.

Menteri Perisikan Iran, Esmail Khatib berkata, operasi membabitkan kerjasama orang dalam organisasi nuklear israel yang memindahkan dokumen kepada Tehran.

Beliau menambah, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu seharusnya ‘mengajukan keadaan kehidupan kakitangannya yang terus berkerjasama dengan kami untuk duit’.

“Dokumen yang dihantar ke Iran mengandungi ‘berjuta-juta mukasurat pelbagai maklumat berharga mengenai rejim Israel, termasuk projek senjata secara terperinci pada masa lalu dan kini, program menaik taraf senjata nuklear dan inisiatif bersama antara AS dan beberapa negara Eropah.

Fail-fail terbabit turut dilaporkan mengandungi carta organisasi dan nama individu yang terbabit dengan program senjata.

Menteri itu menyatakan bahawa individu yang didakwa bekerjasama dengan Israel didedahkan identiti dan terdapat antara mereka telah menjalani hukuman mati.

Beliau berkata, Israel telah berusaha untuk menyembunyikan seberapa boleh penembusan Iran terhadap institusi keselamatannya.

Perkhidmatan perisikan Iran berjaya mendapatkan dokumen dan maklumat strategik rahsia berkaitan Israel

Sementara itu, menurut sumber media Iran, operasi mendapatkan maklumat staregik itu telah dilakukan agak lama, dan bilangan dokumen yang banyak perlu dipindahkan dengan selamat ke Iran yang mana ia memerlukan perkara tersebut dirahsiakan.

”Ia telah disahkan bahawa kesemua tempat persembunyian dokumen adalah lokasi selamat yang telah ditetapkan,” katanya sambil menambah ia membabitkan dokumen beserta gambar dan video dalam jumlah besar menyebabkan masa yang panjang diperlukan.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak