UMPSA, EV Plus jalin kerjasama teknologi EV

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama EV Plus Mobility Solutions Sdn Bhd berkaitan bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV) lebih lestari, hari ini.

Kerjasama itu membabitkan kajian kebolehlaksanaan pemasangan pengecas EV bersepadu pada tiang lampu jalan dan infrastruktur bandar lain.

Majlis menandatangani MoA itu dilakukan Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias dan Pengerusi EV Plus Mobility Solutions, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah.

Turut diadakan majlis pelancaran Pengecas EV Tiang Lampu (EVCS) pertama di Malaysia yang mematuhi sepenuhnya piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sekali gus menetapkan penanda aras baharu negara dalam infrastruktur hijau.

Melalui projek penyelidikan bertajuk `Electric Vehicle Charging Accessibility Through Urban Retrofitting Solutions’, UMPSA memberi tumpuan kepada aspek teknikal, pembangunan model berskala serta sistem pembayaran pintar.

Manakala, EV Plus pula menyumbang kepakaran teknikal serta penyediaan komponen untuk ujian prestasi.

Dr Yatimah Alias berkata, kerjasama strategik itu mencerminkan komitmen UMPSA untuk terus menerajui agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat dalam bidang mobiliti lestari.

“Dengan termeterainya MoA ini, UMPSA bukan sahaja menjadi sebahagian daripada transformasi infrastruktur hijau negara, malah berperanan sebagai pemangkin dalam menyediakan graduan berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada agenda elektrifikasi dan kelestarian Malaysia.

“Kami percaya inisiatif ini akan membuka peluang besar dalam penghasilan penyelidikan berimpak tinggi serta memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga universiti,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak