Karnival STEM semarak minat pelajar terhadap inovasi di Miri

MIRI – Lebih 30 sekolah dari seluruh negara menyertai Karnival STEM yang berlangsung meriah di sini dengan menghimpunkan warga pendidik, pelajar serta rakan strategik bagi memperkukuh minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pendidikan STEM kini bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan. 

Menurutnya, STEM bukan sekadar pengetahuan, sebaliknya latihan minda untuk berfikir kritis, menyelesaikan masalah secara kreatif, bekerja dalam pasukan dan berkomunikasi berkesan. 

Katanya, kemahiran ini amat penting untuk melengkapkan pelajar menghadapi cabaran dunia sebenar.

Beliau menjelaskan melalui pelbagai projek dan eksperimen, pelajar berpeluang meneroka, bertanya, mencipta penyelesaian serta membangunkan teknologi yang dapat memperbaiki kualiti hidup masyarakat. 

Pada masa sama, beliau mengingatkan pelajar agar berani mencuba dan tidak takut gagal kerana kegagalan adalah sebahagian daripada proses menuju kejayaan.

“Pengalaman amali yang diperoleh daripada karnival seperti ini membuka jalan ke pelbagai kerjaya masa hadapan seperti kejuruteraan, perubatan, sains komputer, seni bina dan alam sekitar. Lebih penting, ia membina keyakinan pelajar untuk menjadi peneraju inovasi,” katanya.

Chiew yang turut meninjau Pameran STEM melahirkan rasa kagum terhadap kreativiti para pelajar, termasuk inovasi krim semula jadi melegakan kulit selepas gigitan serangga yang dihasilkan seorang murid sekolah rendah berasaskan ilmu tradisional keluarga.

Bagi menyokong penganjuran itu, sebanyak RM10,000 telah disalurkan, manakala pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada guru, sukarelawan dan pelajar yang terlibat.

Karnival STEM ini diharap menjadi platform berterusan untuk mencetus semangat inovasi serta melahirkan generasi muda yang berdaya saing, sekali gus mampu menjadi peneraju teknologi dan pembangunan negara.

Turut hadir wakil Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri, Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, serta pentadbir sekolah termasuk Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara