Global Sumud Flotilla diancam semula, dikejutkan letupan dron milik Israel

PUTRAJAYA – Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam pelayaran ke Gaza berdepan detik cemas apabila 15 dron menyasarkan beberapa bot mereka, yang kini terletak di luar Greece.

Aktivis GSF yang mewakili Malaysia, Farah Lee memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi ketika sukarelawan sedang tidur sebelum dikejutkan dengan letupan udara serta serangan yang mengakibatkan beberapa bot rosak.

“Ada yang diserang menerusi letupan udara dan ada yang jatuh ke bot mereka hingga mengalami kerosakan. Semua orang ketika ini dalam keadaan berjaga-jaga dan memakai jaket keselamatan.

“Kami diarahkan duduk dalam bot serta bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Doakan kami tenang dan selamat,” katanya yang berkongsikan insiden itu menerusi media sosial miliknya, pada Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi, Zizi Kirana yang turut menyertai pelayaran tersebut memaklumkan serangan dron itu menyebabkan berlaku beberapa letupan kuat dan serpihan bahan letupan jatuh berdekatan kapal mereka.

“Seperti yang anda tahu, kapal yang terlibat dengan misi telah didatangi 15 dron. Ada berlaku letupan, ada gun powder, saya dengar bunyi itu.

“Teruskan berdoa dan jangan berhenti sebarkan misi Sumud Global Flotilla,” katanya.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Jerman Yasemin Acar menerusi hantaran video di Instagramnya memaklumkan bahawa lima kapal telah diserang dalam kejadian terbabit.

“Kami tidak mempunyai senjata. Kami tidak menimbulkan ancaman kepada sesiapa pun. Ia adalah Israel yang membunuh beribu-ribu orang (dan menyebabkan) kelaparan seluruh penduduk.”

Terdahulu, seramai 15 rakyat Malaysia menyertai pelayaran yang bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Misi berkenaan merupakan sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Usaha itu kini memasuki fasa paling penting dan disifatkan sebagai detik penentu keseluruhan gerakan dalam tempoh seminggu ini.

Terdahulu, Israel pada Isnin berkata, ia tidak akan membenarkan armada itu sampai ke Gaza.

Israel menyekat dua percubaan awal aktivis untuk sampai ke Gaza melalui laut pada bulan Jun dan Julai lalu.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas