Razak, Syarifah Fazilah tokoh Maulidur Rasul FELDA Wilayah Jengka

KUANTAN – Penglibatan aktif dalam kerja kebajikan dan pembangunan komuniti menyaksikan Razak Daud, 65, dipilih Tokoh Maulidur Rasul Peringkat FELDA Wilayah Jengka 2025.

Beliau menerima penghargaan itu pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2025/1447H di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.

Majlis itu menghimpunkan warga FELDA Wilayah Jengka serta ahli gabungan masjid dari seluruh tanah rancangan FELDA dalam wilayah berkenaan.

Razak yang juga Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka berkata, beliau tidak menyangka dipilih menerima anugerah berkenaan kerana segala usaha dilakukan hanya untuk membantu masyarakat.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas anugerah ini walaupun tujuan memegang jawatan bukanlah untuk mendapatkan penghargaan.

“Apa pun, kita akan teruskan membantu orang susah dan menjalankan kerja kebajikan,” katanya.

Menurutnya, pencalonan itu mungkin dinilai berdasarkan pelbagai program keagamaan, sukan, kebajikan dan berteraskan komuniti yang dianjurkan bersama Gabungan Masjid di bawah FELDA Wilayah Jengka.

“Saya tidak menyangka kerana sejak awal tujuan saya berkhidmat adalah untuk masyarakat, bukan mengejar gelaran.

“Namun apabila ada pihak menilai sumbangan itu, saya anggap ia sebagai satu amanah untuk terus berbakti,” katanya.

Turut menerima penghargaan pada majlis itu ialah Syarifah Fazilah Said Abu Bakar, 69, yang aktif dalam komuniti sejak 1980 sebagai Penolong Pegawai, Ketua Belok dan Pengerusi Gabungan Peneroka Wanita (GPW).

Syarifah Fazilah berkata, minatnya dalam kerja sosial dan kebajikan tidak pernah pudar biarpun sudah berusia, malah beliau masih menjadi tenaga pengajar dan jurulatih dalam aktiviti komuniti termasuk marhaban serta program keagamaan.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu