Pengecualian had siling RON95 kepada e-hailing bukti suara komuniti gig didengari

PUTRAJAYA – Dasar mengecualikan had siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter kepada pemandu e-hailing dan membenarkan golongan itu menikmatinya dengan kadar lebih tinggi membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap realiti kos operasi yang mencabar dalam sektor tersebut.

Presiden Malaysia E-Hailing & Delivery Organization (MEDO), Masrizal Mahidin berkata, inisiatif itu bukan sahaja melegakan beban harian pemandu, malah menjadi tanda aras bahawa suara pekerja gig kini diiktiraf di peringkat nasional.

Beliau yang juga Sekretariat Gabungan eHailing Malaysia (GEM) berpandangan, keputusan itu juga memberi ruang kepada pekerja gig sektor pengangkutan untuk terus berkhidmat dengan lebih berdaya saing dan mampan, sambil menyumbang kepada ekonomi negara.

“GEM khususnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri kerana mendengar suara komuniti pemandu e-hailing dengan mengecualikan kami daripada had siling 300 liter tersebut.

“Langkah pengecualian ini sememangnya memberi manfaat besar kepada lebih 200,000 pemandu e-hailing di seluruh negara yang setiap hari berdepan kos bahan api sebagai komponen utama dalam pekerjaan mereka,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Masrizal yang lebih dikenali sebagai Jose Rizal berpendapat, dengan fleksibiliti memohon subsidi lebih tinggi mengikut keperluan, pemandu e-hailing akan lebih terbela daripada tekanan kos sara hidup.

“Kami berharap mekanisme pelaksanaan akan telus, mudah diakses, dan benar-benar sampai kepada semua pemandu tanpa birokrasi yang membebankan.

“GEM menyokong penuh inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan akan terus bersama kerajaan dalam memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya komuniti gig yang menjadi nadi pengangkutan dan mobiliti negara,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin memaklumkan rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi inisiatif BUDI95.

Bagaimanapun Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

“Sebab purata sekarang dalam 150 liter (sebulan), ada juga kebanyakan 200 liter sebulan dan paling tinggi 250 liter (sebulan), tidak ada yang mencecah 300 liter.

“Bagaimana e-healing? Kalau e-healing, itu kita kecualikan sebab anak-anak muda, puluhan ribu yang bekerja untuk itu. Jadi kalau mereka (perlu guna) lebih, kita beri pengecualian,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON 95 turun kepada RM1.99 seliter hanya untuk kegunaan rakyat tempatan bermula 30 September ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan warga asing perlu membayar pada harga RM2.60 seliter bermula tarikh sama.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada Jun tahun lalu.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun