Israel tidak benarkan flotila tembusi sekatan Gaza

BAITULMAQDIS – Israel pada Isnin mula mengatur tindakan zalim dengan tidak sama sekali membenarkan flotila yang membawa bantuan ke Gaza untuk menembusi sekatan terhadap wilayah Palestin itu.

Kementerian Luar Israel menerusi kenyataan memaklumkan, kapal-kapal berkenaan akan dibenarkan berlabuh di Ashkelon sebelum bantuan boleh disalurkan ke Gaza.

Malah, rejim zionis itu membuat tuduhan bahawa Hamas yang menjadi perancang utama dalam mengatur flotila untuk kepentingan kumpulan berkenaan.

“Israel tidak akan membenarkan mana-mana kapal memasuki zon peperangan aktif dan tidak akan membenarkan pelanggaran sekatan laut yang sah.

“Jika hasrat sebenar peserta flotila adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan bukannya berkhidmat untuk Hamas, Israel menyeru kapal-kapal itu berlabuh di marina Ashkelon dan memunggah bantuan di situ, di mana ia akan dipindahkan segera secara berkoordinasi ke Semenanjung Gaza,” kata kementerian itu.

Global Sumud Flotilla, yang dinamakan sempena perkataan Arab ‘sumud’ bermaksud keteguhan, terdiri daripada puluhan kapal membawa peserta dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan aktivis.

Inisiatif itu disertai sekitar ratusan aktivis terkenal dari Eropah, Afrika dan Asia yang telah memulakan pelayaran ke Gaza pada awal bulan September dari Tunisia selepas beberapa kali tertangguh.

Misi berkenaan bertujuan memecahkan sekatan Israel dan menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Sebelum berlepas, pihak penganjur menyatakan dua daripada botnya menjadi sasaran serangan dron.

Israel sebelum ini menyekat dua percubaan oleh aktivis untuk sampai ke Gaza melalui jalan laut pada Jun dan Julai lalu.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik