Rafidah diberi 7 hari langsai saman fitnah ahli perniagaan

PEMPENGARUH media sosial, Rafidah Ibrahim diberi tempoh selama tujuh hari untuk membayar ganti rugi berjumlah RM281,200 kepada ahli perniagaan, Datuk Haris Embong serta syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd. berhubung kes fitnah di media sosial.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Julai tahun lalu yang memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi itu selepas ahli perniagaan terbabit berjaya dalam kes saman fitnah terhadapnya.

Sekiranya Rafidah gagal membuat pembayaran itu dalam tempoh masa yang ditetapkan, Haris menyatakan akan mengambil tindakan lanjut terhadap wanita itu yang juga seorang aktivis.

Haris, 48, dan syarikatnya Arisprop Holdings Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan produk sejuk beku, Aris Burger selaku plaintif menyaman Rafidah, 39, yang dinamakan sebagai defendan tunggal, selepas didakwa enggan membayar hasil kerja selebriti itu, empat tahun lalu.

Notis pertama dihantar oleh firma guaman mewakili Haris, Izral Partnership kepada firma guaman bagi pihak Rafidah di Shah Alam pada 20 Ogos tahun lalu bagi menuntut pembayaran berkenaan seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi.

Notis kedua pula dihantar kepada firma guaman baharu di Gombak yang mewakili Rafidah pada 19 September lalu, yang menyatakan ia mengambil maklum bahawa surat bertarikh 20 Ogos tahun lalu kepada firma guaman mewakili defendan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Sehubungan itu, firma guaman plaintif berkata, pihaknya diarahkan oleh anak guam untuk menuntut bayaran RM281,200 iaitu jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos mengikut penghakiman Mahkamah Tinggi.

Ia membabitkan ganti rugi sebanyak RM100,000 yang perlu dibayar kepada Haris, ganti rugi sebanyak RM150,000 yang perlu dibayar kepada Arisprop Holdings, kos keseluruhan sebanyak RM30,000 dan yuran peruntukan sebanyak RM1,200.

“Kami diarahkan selanjutnya supaya anak guam anda membuat bayaran bagi jumlah yang dinyatakan di atas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat ini, dan sekiranya gagal, anak guam kami akan mengambil tindakan yang perlu,” kata firma guaman itu dipetik Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Haris dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah memberi banyak masa kepada Rafidah untuk menyelesaikan tuntutan, namun ianya tidak berlaku sehingga ke hari ini.

“Tindakan sewajarnya akan diambil jika beliau gagal membuat pembayaran atas jumlah yang dinyatakan. Tuntutan ini adalah untuk membersihkan imej saya dan syarikat atas tuduhan fitnah yang dibuat.

“Semua orang mempunyai perjuangan menuntut hak dan keadilan. Begitu juga saya. Ini adalah perjuangan menuntut hak dan keadilan untuk saya dan syarikat serta menghormati keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Melalui saman yang difailkan pada Oktober 2021, Haris mendakwa Rafidah yang juga pempengaruh media sosial telah menerbitkan dua hantaran di Facebook beliau pada 21 September 2021 dan 18 Oktober 2021.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati hantaran kedua yang diterbitkan defendan di media sosial adalah fitnah, kerana perkataan yang digunakan defendan itu telah mendedahkan plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan.

Hakim itu berkata, mahkamah mendapati hantaran itu membawa maksud syarikat berkenaan mengambil kesempatan ke atas defendan (Rafidah), dengan enggan membayar hasil kerja beliau yang ketika itu ketua pemasaran syarikat.

John Lee berkata, defendan telah menggunakan perkataan yang merendahkan maruah kedua-dua plaintif di mata orang awam, serta mengajak pembaca untuk menjauhi dua plaintif itu.

Selain itu, hakim itu berkata, mahkamah mendapati hantaran pertama diterbitkan defendan dalam media sosial berhubung dakwaan plaintif tidak bermaruah, tidak berintegriti dan jelik itu, bukan suatu fitnah meskipun perkataan yang digunakan oleh defendan sememangnya mampu mempunyai taksiran fitnah.

Dengan itu, ia memutuskan plaintif pertama (Haris) gagal membuktikan defendan telah merujuk kepada beliau (Haris) dalam hantaran berkenaan.

Mahkamah juga menolak tuntutan balas dikemukakan Rafidah terhadap kedua-dua plaintif untuk menuntut antaranya wang sebanyak RM4,000 bagi gaji tertunggak bulan Ogos 2021, dan kos kemudahan sebanyak RM3,550 yang dipersetujui dalam kontrak pelantikannya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu