Media jadi penghubung rakyat, SPR menjelang PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Media memainkan peranan penting sebagai penghubung antara rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan ketelusan dan profesionalisme liputan menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengurus Kanan Latihan Malaysia Press Institute (MPI), Norhafiza Kamaludin berkata, media turut membantu dan mendidik pengundi mengenai hak serta tanggungjawab mereka.

“Media juga memainkan tanggungjawab besar dalam menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan sahih kepada rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan Kursus Pelaporan dan Analisis Pilihan Raya Negeri, di The Palace Hotel, pada Isnin.

Kursus selama dua hari anjuran Malaysian Press Institute dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) itu disertai 31 pengamal media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Jabatan Komunikasi Konuniti (JKOM), The Star, New Straits Times, Malay Mail, The Malaysia Press, Berita Harian, Sinar Harian, Daily Express, Sabah Media, Borneo Daily Bulletin dan Jendela MADANI.

Pada hari pertama kursus, sesi perkongsian disampaikan oleh Ketua Program Pengurusan Latihan Akademi Pilihan Raya, Nik Aminudin Nik Shahar Shah dan Penolong Pengarah Komunikasi Strategik Akademi Pilihan Raya, Nomi Juliana Redzuan.

Sesi itu menekankan peranan penting media dalam ekosistem liputan pilihan raya.

“Kursus ini dijangka memperkukuh keupayaan media Sabah dalam memberikan liputan berinformasi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Peserta juga diingatkan agar mengelakkan penyebaran berita palsu khususnya dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu