“Kalau cuaca ini terang, kita bubarlah,” seloroh Hajiji

PENAMPANG – “Kalau cuaca ini terang, kita bubarlah. Cuaca baik nanti,” demikian seloroh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika ditanya media berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun mengesahkan bahawa DUN Sabah pasti akan dibubarkan sebelum tamat tempoh pada November ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tiada pilihan lain kerana DUN akan terbubar secara automatik sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

“Kita yang menentukan. Kita tiada pilihan sebab tempoh Dewan terbubar sendiri bulan November. 

“Jadi, mesti kita adakan sebelum itu. Tunggu saja,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvensyen Mahasiswa Sabah 2025, di sini, pada Ahad.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan proses pilihan raya negeri berjalan dengan teratur dan lancar.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula