Penderitaan rakyat bukan pentas pesta politik – Mustapha

KOTA KINABALU – PKR Sabah kesal dengan tindakan pimpinan Parti Warisan yang memilih untuk mengadakan program politik di saat rakyat sedang ditimpa bencana.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, penderitaan rakyat bukan pentas untuk dijadikan pesta politik.

“Tatkala seluruh jentera Kerajaan Negeri dan Persekutuan sedang ditumpukan kepada usaha menguruskan kesan bencana, PKR Sabah kesal dengan tindakan pimpinan Parti Warisan yang memilih untuk megadakan program politik dalam saat rakyat meratap kerugian dan kehilangan.

“Ternyata Warisan lebih mementingkan agenda politik berbanding kebajikan rakyat,” katanya dalam sidang media di pejabat MPN, PKR Sabah, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, dalam keghairahan menuding jari kepada orang lain, Warisan perlu menilai kegagalan sendiri ketika berkuasa.

Jelasnya, rekod pentadbiran Warisan adalah sarat dengan keputusan yang membebankan rakyat.

“Antaranya, penamatan sembilan konsesi kontraktor air yang telah mengakibatkan saman terhadap Kerajaan Negeri sehingga RM315.2 juta, satu beban besar yang akhirnya ditanggung oleh rakyat Sabah.

“Selain itu, Warisan pada 2019 menamatkan kaedah ‘Project Delivery Partner’ (PDP) dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo menjejaskan model kewangan dan kelancaran pelaksaan projek.

“Ia sekali gus menyumbang kepada kelewatan dan ketidakpastian terhadap projek infrastruktur yang hingga sekrangan belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata, semua pimpinan wajarnya lebih peka terhadap nasib rakyat yang sedang dalam kesusahan, bukannya mengambil kesempatan dengan politik murahan demi kepentingan sempit.

Tambahnya, PKR Sabah menegaskan bahawa fokus utama ialah untuk membina negeri dan negara bukan merobek semangat solidariti rakyat dengan retorik politik kepartian yang dangkal.

Related Posts

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di daerah berkenaan. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026