Inkues: Pasukan guaman ibu Zara kecam sebar pernyataan saksi kanak-kanak di media sosial

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian Zara Qairina sekali lagi mencetus perhatian apabila wakil pasukan guaman yang mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri, mengecam tindakan pihak tertentu yang menyebarkan pernyataan saksi ke media sosial.

Shahlan berkata, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia mengganggu emosi saksi, keluarga dan lebih penting lagi, menjejaskan kelancaran perjalanan inkues.

“Inilah hari ini, satu contoh di mana disebabkan adanya gangguan-gangguan di luar yang menyebabkan inkues ini tertunda.

“Perkara begini yang kita cuba mengelakkan, terutamanya melibatkan saksi-saksi kanak-kanak.

“Kita perlu faham saksi kanak-kanak ini ‘fragile’ dan ada undang-undang yang spesifik untuk menjaga mereka ini dan disebabkan gangguan-gangguan di luar, kita pun tidak tahu siapa.

“Sepatutnya kita boleh mula dengan saksi baharu pada petang ini dan seterusnya hari ini dan minggu depan.

“Tapi disebabkan gangguan-gangguan itu dan saya difahamkan keadaan emosi saksi ini agak terganggu. Keluarganya juga pun agak terganggu,” katanya kepada media selepas prosiding pada Jumaat.

Prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, yang sepatutnya bersambung pada Jumaat petang ditunda ke Isnin depan selepas penyataan saksi dan identiti pesalah kanak-kanak diviralkan di media sosial, TikTok dan Whatsapps.

Beliau berkata saksi-saksi kanak-kanak sangat rapuh dari segi emosi kerana ada yang baru berusia 13 tahun.

“Malah untuk mereka hadir ke mahkamah pun bukan mudah. Jadi, sebarang gangguan luar boleh memberi tekanan besar,” tambahnya.

Menurutnya, lebih 30 saksi kanak-kanak akan dipanggil daripada keseluruhan 68 saksi inkues.

Justeru, beliau menggesa pihak luar berhati-hati dalam memberi komen atau membuat video mengenai prosiding.

Shahlan turut mencadangkan supaya liputan media lebih tertumpu kepada keterangan saksi dewasa, manakala saksi kanak-kanak tidak perlu dilaporkan secara terperinci demi menjaga sensitiviti dan perlindungan mereka.

“Kanak-kanak ini sangat kecil, ada yang baru Tingkatan Satu.

“Bukan saja mereka, tapi keluarga juga terkesan. Jadi pendirian kami ialah saksi kanak-kanak jangan dilaporkan secara terbuka,” ujarnya.

Prosiding inkues akan bersambung Isnin dengan mendengar keterangan saksi baharu yang akan dijalankan secara tertutup (in camera) khusus untuk keterangan saksi kanak-kanak.

Saksi kanak-kanak akan ditempatkan di sebuah bilik khas bersama jurubahasa dan seorang pendamping dari ahli keluarga terdekat yang bukan saksi berpotensi untuk prosiding ini.

Terdahulu Koroner Amir Shah Amir Hassan sebelum menangguhkan prosiding, menyuarakan rasa kecewa dan memberi amaran atas gangguan yang berlaku menyebabkan prosiding terpaksa ditunda susulan perbuatan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti dan pernyataan saksi yang disebarkan di media sosial.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar