Industri halal penyumbang utama ekonomi negara – PMX

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI meletakkan industri halal sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus sebagai salah satu agenda utama dalam setiap misi pelaburan dan rundingan perdagangan dua hala.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menjadikan industri halal sebagai model ekonomi sejagat yang akan menjadi sebahagian daripada rundingan bersama negara berpenduduk majoriti Islam mahupun negara bukan Islam.

“Sebagai contoh, dalam KazanForum 2025 di Rusia baru-baru ini, saya menonjolkan kepakaran Malaysia dalam pensijilan halal serta menawarkan sokongan bagi memperkukuh piawaian halal global.

“Manakala pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Brazil, saya turut menyeru syarikat-syarikat Brazil dan Malaysia agar merebut peluang perniagaan dalam industri halal dengan sokongan Presiden Lula,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pencapaian Malaysia dalam industri halal amat membanggakan apabila kekal berada di tangga teratas Indeks Ekonomi Islam Global (GIEI) selama 11 tahun berturut-turut.

“Kejayaan ini bukan sahaja hasil usaha kementerian dan industri tempatan, tetapi juga sokongan padu rakan-rakan antarabangsa yang turut hadir pada GHaS tahun ini,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan kecemerlangan itu hasil daripada usaha bersepadu kerajaan yang menjadikan industri halal sebagai salah satu tonggak pertumbuhan strategik negara.

Katanya, Pelan Induk Industri Halal 2030 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 turut digariskan sebagai hala tuju jelas bagi membangunkan Malaysia sebagai hab halal utama dunia.

“Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan pemacu utama pertumbuhan industri halal negara.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk mengukuhkan peranan PMKS di pasaran global. Malah, di bawah Rancangan Malaysia 2030, peruntukan besar telah disediakan bagi memperkukuh pertumbuhan sektor halal,” katanya.

Tambah beliau, hasil daripada pelaksanaan dasar tersebut, sektor halal dijangka menyumbang RM231 bilion atau 10.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

“Angka itu dipacu oleh permintaan kukuh dalam segmen makanan, kewangan dan pelancongan.

“Sebagai perbandingan, pasaran halal global kini bernilai lebih RM16.02 trilion dan dijangka mencecah RM22.88 trilion menjelang 2030. Kadangkala unjuran dicapai, ada kalanya melebihi atau sekadar menghampiri sasaran, namun kita tetap realistik dan sering kali lebih baik daripada ramalan Bank Dunia,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar