Mujurlah Pas, Bersatu ditakdirkan tidak memerintah negara

PERGOLAKAN dalaman antara Pas dan Bersatu, dua komponen utama dalam Perikatan Nasional (PN) memberi gambaran jelas bahawa gabungan ini masih gagal mencapai kesepaduan strategik yang diperlukan untuk mentadbir negara secara berkesan.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, titik persamaan yang mengukuhkan kerjasama parti merupakan elemen penting menentukan kestabilan politik terutamanya kepada parti yang memerintah negara.

Jelasnya, dalam hal ini ada sebab kenapa Pas dan Bersatu ditakdirkan tidak menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang hari ini rakyat boleh melihat perangai sebenar mereka yang tidak sehaluan walaupun berada dalam pasukan yang sama.

“Rakyat melihat apa yang berlaku, seharusnya sedar bahawa kestabilan politik bermula dengan kejelasan kepimpinan dan kesatuan dalam hala tuju.

“Jika dalam satu logo pun tidak sepakat, bagaimana mahu berpakat mentadbir negara yang jauh lebih kompleks? Hari ini kita dapat melihat kerakusan politik kedua-dua parti ini yang mementingkan siapa lebih hebat daripada memikirkan nasib rakyat apatah lagi hasrat akar umbi mereka.

“Mujurlah ditakdirkan Allah PN tidak menjadi kerajaan memerintah, kalau tidak saya percaya, rakyat juga akan terheret sekali dalam kancah politik mereka yang tidak stabil yang akhirnya akan memberi impak buruk dan merugikan rakyat dan negara,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan kenyataan Pas yang tidak bersetuju calonnya bertanding menggunakan logo PN pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menyifatkan hasrat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului keputusan bersama dalam PN.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, retakan menanti belah sedang berlaku antara Pas dan Bersatu yang jelas menunjukkan parti yang dipimpin Tan Sri Abdul Hadi Awang itu tidak lagi rela didominasi oleh Bersatu.

“Ini isyarat jelas Pas menegaskan kedudukan setara dan menolak dominasi dalam PN

“Pas secara terang menyebut ‘tiada abang besar atau kecil’, satu isyarat jelas kepada Bersatu dan Muhyiddin khususnya bahawa mereka tidak tunduk atau berada di bawah telunjuk sesiapa dalam PN.

“Ini menunjukkan ketegasan Pas dalam mempertahankan autonomi politiknya, terutamanya dalam isu penggunaan logo dan calon PM,” katanya.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, Pas memberi mesej bahawa mereka bukan ‘yes man’ dalam PN, dan segala keputusan mestilah kolektif, bukan dari satu pihak.

“Teguran terbuka, dan membalas reaksi kedua-dua parti ini isyarat kurang puas hati. Pas mengkritik secara terbuka cadangan Muhyiddin yang diumumkan sebelum diputuskan dalam majlis tertinggi PN yang mencerminkan ketidaksenangan terhadap tindakan unilateral oleh Pengerusi PN.

“Ini gambaran isyarat awal ketegangan kuasa menjelang PRU16. Belum apa-apa dah retak strategi dalam PN.

“Pas kelihatan mahu berunding dahulu, manakala Bersatu lebih cenderung untuk memimpin hala tuju gabungan. Ini membuka kepada kemungkinan percanggahan strategi pilihan raya, yang menggambarkan mimpi mereka tidak akan boleh sama meskipun beralas kepala dengann bantal yang sama,” katanya.

Justeru, Azhar berharap senario yang berlaku ini seharusnya membuka mata rakyat bahawa kestabilan politik bukan sekadar slogan semata-mata, tetapi asas penting kepada kemajuan negara ialah kesefahaman dalam mencari titik kebersamaam seperti yang ditonjolkan oleh Kerajaan MADANI pada hari ini.

“Alhamdulillah, politik Malaysia kembali stabil di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibantu dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Politik stabil, kerajaan tidak bergolak, maka senang kerajaan fokus memajukan negara, memakmurkan rakyat dan lahirlah sebuah negara yang aman dan harmoni.

“Jangan sesekali rakyat terperangkap dengan politik retorik yang dimainkan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa dan kepentingan parti semata-mata.

“Lebih membimbangkan, retorik politik seperti ini sering disulami dengan taktik menanam kebencian, memperalatkan isu agama dan kaum, serta menjadikan rakyat sebagai bahan uji kaji eksperimen kuasa.

“Akhirnya, rakyat yang menanggung akibat kestabilan tergugat, pelabur menjauh, dan agenda rakyat terpinggir,” katanya.

Related Posts

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

PAS mungkin satu-satunya parti politik di negara ini yang gemar mengulangi episod drama bersiri di mana peristiwa lampau menempatkan Pas sebagai parti yang lahir pada 24 November 1951 hasil tantangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli