TYT Sarawak, isteri meriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025

BINTULU – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025 berlangsung penuh meriah dan berwarna-warni di Lapangan Terbang Lama, Bintulu pada Selasa malam dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Ketibaan TYT dan isteri pada jam 8 malam disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri bertanggungjawab sambutan, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan isteri Datin Sri Loretta; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri Datin Amar Hajah Baduyah Bujang; serta tetamu kehormat lain.

Majlis dimulakan dengan persembahan istimewa “Dari Bumi Kenyalang Ke Malaysia Madani”, diikuti bacaan doa, tayangan video Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan ucapan aluan oleh Dr Stephen Rundi.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada Wan Junaidi atas peranan penting semasa menjawat jawatan Menteri Undang-Undang pada 2021 yang menyaksikan pindaan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus mengembalikan pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.

Suasana patriotik memuncak dengan tayangan video sejarah penubuhan Malaysia serta pembangunan Bintulu dan Sarawak, sebelum amanat disampaikan Premier Sarawak.

Dalam ucapannya, Abang Johari menegaskan peranan TYT dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 sebagai satu pengiktirafan besar terhadap sejarah dan komitmen untuk masa depan yang lebih adil serta seimbang bagi Sarawak.

Antara kemuncak acara ialah kemasukan kontinjen Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan penyerahan Bendera Malaysia kepada Wan Junaidi, sebelum beliau menyerahkannya kepada Ketua Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia untuk upacara menaikkan bendera.

Upacara perasmian turut diserikan dengan simbolik kapsul ’Cahaya Pertiwi’ dimasukkan ke podium khas oleh TYT, yang kemudiannya memancarkan cahaya berwarna-warni dengan tema sambutan ’Malaysia MADANI Sarawak Maju Makmur’.

Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian serta tarian kebudayaan pelbagai kaum, sebelum penutup dimeriahkan pertunjukan bunga api.

Foto: Astana Negeri Sarawak

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan