Konglomerat AS sedia beli TikTok

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan sekumpulan syarikat gergasi AS mencapai persetujuan untuk membeli aplikasi TikTok.

Ia sekali gus menandakan kejayaan besar dalam rundingan yang berlarutan hampir setahun.

Trump berkata, perjanjian itu bakal memastikan aplikasi berkenaan terus beroperasi dengan pemilikan berpindah dari syarikat induknya di China, ByteDance, kepada entiti baharu dikawal pelabur AS.

“Kami sudah mempunyai perjanjian untuk TikTok, sekumpulan syarikat besar mahu membelinya,” katanya dalam sidang media di Rumah Putih.

Pengumuman itu dibuat menjelang tarikh akhir, 17 September yang ditetapkan kerajaan untuk ByteDance menjual atau menutup operasi TikTok di AS.

Namun, Rumah Putih melanjutkan tarikh akhir itu hingga 16 Disember bagi memberi ‘masa tambahan’ memuktamadkan urusan pelupusan.

Menurut laporan Wall Street Journal, entiti baharu itu akan dikawal lembaga pengarah yang didominasi rakyat AS, termasuk seorang ahli dilantik kerajaan.

TikTok mempunyai 170 juta pengguna di AS dianggap ‘berisiko kepada keselamatan negara’ kerana data pengguna berpotensi diakses pemerintah China.

Atas kebimbangan itu, Kongres meluluskan undang-undang pada 2024 yang mewajibkan pelupusan aplikasi tersebut.

Trump bagaimanapun menolak gesaan menutup aplikasi berkenaan secara drastik kerana bimbang menimbulkan kemarahan pengguna.

Beliau malah mengakui platform itu membantunya meraih sokongan dalam Pilihan Raya Presiden lalu, dengan akaun peribadinya mempunyai 15 juta pengikut.

Related Posts

Australia denda rakyat gagal mengundi

CANBERRA – Lebih 200,000 rakyat Australia yang gagal menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum 2025 membayar denda, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC), lapor Xinhua. AEC memaklumkan kepada Australian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63