Benney kehilangan separuh keluarga, kini berjuang demi dua anak yang masih ada

PAPAR – Seorang bapa, Benney Binjamis@Emis, 38, berdepan ujian berat apabila kehilangan isteri tercinta dan dua orang anak sekelip mata, dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Marahang Tuntul, di sini, baru-baru ini.

Mangsa yang terkorban iaitu isterinya, Wong Moi Ling@Meymey, 34, serta dua anaknya iaitu Kamey Asphereynda Benney, 10 dan Christen Kell Benney, 6.

Kejadian tragis itu turut memusnahkan kediaman mereka sekeluarga, meninggalkan Benney kini bersama dua anak perempuan yang masih hidup iaitu Casseyndra Benney, 15 dan Kimberly Benney, 12.

“Walaupun rumah sudah musnah, saya tetap kena tanggungjawab besarkan anak-anak yang masih ada. Saya kena kuat untuk mereka,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Ketua Menteri Sabah di Dewan Marahang, di sini pada Rabu.

Menurut Benney, lawatan Ketua Menteri sedikit sebanyak memberi harapan baharu buat mereka yang terjejas.

“Rasa ada gembira juga. Ada anak-anak saya lagi yang saya harus tanggung. Ada kurang beban sikit. Rumah saya sudah hancur, tiada sudah. Jadi ada pengeluaran sikit untuk beli barang-barang sekolah,” katanya.

Detik cemas sewaktu tanah runtuh

Mengimbas kembali detik cemas kejadian, Benney berkata, sekitar pukul 9 pagi berlaku runtuhan tanah dari kawasan cerun bukit berhampiran sehingga meranapkan rumahnya sebelum sempat melarikan diri. 

“Saya lari balik ke ruang tamu, saya tarik isteri dan anak saya. Sampai di dapur, ada pagar, saya lihat tanah itu kena dia orang sudah, jadi saya pun kena tanah lah.

“Saya lihat ada ruang, jadi saya duduk dan cuba untuk menggali tapi tidak boleh keluar. Saya panggil abang dan anak-anak saya untuk tolong mereka,” katanya dalam keadaan sebak.

Tapak rumah kenangan lebih 40 tahun

Sepupu mangsa, Al-Hadi Abdul, 34, yang mewakili keluarga berkata, kejadian tersebut turut menjejaskan empat rumah keluarga yang telah mendiami kawasan tersebut lebih 40 tahun.

“Dalam kejadian itu, yang terperangkap datang dari kawasan rumah mereka. Kawasan itu ada empat rumah iaitu rumah utama mak, abang, kakak dan rumah Benney sendiri,” kongsinya. 

Menurut Al-Hadi, kawasan itu menyimpan banyak kenangan buat keluarga besar mereka, dari kecil hingga beranak cucu. 

Namun, pemeriksaan pihak bomba mendapati kawasan itu kini tidak lagi selamat untuk diduduki.

“Mereka mahu terus tinggal di kawasan itu, cuma di hadapan sedikit. Masih tanah sendiri. Tapi untuk bina rumah di sana perlukan kos sebab kena pasang culvert dan piling untuk aliran air dan keselamatan,” jelasnya.

Tambahnya, mereka berharap bantuan daripada Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan, termasuk bagi tujuan pampasan kepada keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga.

“Kita juga minta jasa baik Ketua Menteri supaya permudahkan permohonan untuk bina rumah baharu di kawasan lebih selamat, kira-kira 60-80 meter dari tapak rumah asal,” katanya.

Kebergantungan hidup di tanah sendiri

Menurut Al-Hadi lagi, keluarga ini turut bergantung kepada hasil pertanian bermusim di kawasan tersebut, termasuk durian, rambutan dan rebung.

“Dia (Benney) kerja sendiri. Jual rebung di tepi jalan. Dia rajin cari kerja. Hasil itulah yang menyara hidup keluarga selama ini,” katanya.

Sehubungan itu, pihak keluarga menyeru agar mana-mana pihak berwibawa, agensi kerajaan dan NGO tampil membantu mangsa tanah runtuh ini yang kini tinggal sehelai sepinggang.

“Kami harap Ketua Menteri dapat laksanakan apa yang telah dijanjikan dan kepada pihak luar, bantulah apa yang mampu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sempat menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan kepada waris mangsa dan mangsa lain yang terlibat dalam insiden tersebut.

Oleh itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Floretha Surumbot (Mak Cik kepada Benney) di talian 016-8173282.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi