Dunia Islam perlu bangun dan bersatu hadapi kezaliman Zionis – PM

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru kepada seluruh dunia Islam supaya terus bangun dan bersatu dalam mendepani kezaliman Zionis Israel.

Beliau berkata, negara seharusnya membina seluruh kekuatan dalam mengukuhkan ekonomi, pertahanan dan perjuangan agama supaya tidak sesekali ditindas.

“Saya mewakili Malaysia memberi pandangan yang tegas pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar.

“Saya juga mewakili semangat pendekar silat MADANI. Mewakili semua guru-guru silat yang ada menyatakan dunia Islam mesti kuat. Kuat dari negara kita, kuat ekonomi, kuat semangat roh Islam, kuat akhlak dan kuat pertahanan negara masing-masing.

“Dalam ucapan saya turut lontarkan di depan raja-raja dan ketua-ketua negara Arab, negara Islam satu dunia.

“Saya katakan jangan kita akui, jangan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan jangan berdagang, jangan berkawan kepada negara zalim yang menindas rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 pesilat seluruh negara pada Himpunan Pendekar MADANI di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.

Semalam, Anwar menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha, baru-baru ini.

Sidang kemuncak itu turut dihadiri pemimpin negara-negara Islam termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia