Pas mahu pimpin negara, negeri sendiri pun tak terurus

UCAPAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Muktamar Pas ke-71 di Kedah sekali lagi memaparkan wajah sebenar parti itu penuh dengan slogan, tetapi kosong dalam penyelesaian.

Beliau mendakwa hanya Islam yang mampu menjadi penyelesaian kepada masalah negara dan memberi isyarat bahawa Pas kini sedia memimpin Perikatan Nasional (PN) dan Malaysia.

Namun, persoalannya: apakah Pas benar-benar mampu memimpin negara sedangkan negeri-negeri di bawah pentadbirannya sendiri berdepan pelbagai kegagalan?

Negeri Pas jadi contoh kegagalan

Rakyat Kelantan masih bergelut dengan air kotor selepas lebih 30 tahun pemerintahan Pas.

Di Terengganu, peluang pekerjaan sangat terhad sehingga anak muda berhijrah ke luar negeri mencari rezeki.

Di Kedah pula, pengurusan sampah dan pembangunan bandar ketinggalan jauh berbanding negeri jiran.

Inilah wajah sebenar pentadbiran Pas gagal menyelesaikan masalah asas rakyat.

Jika negeri sendiri pun tidak mampu ditadbir dengan baik, bagaimana Pas mahu diyakini untuk mengurus ekonomi negara, menarik pelaburan asing, dan menyediakan peluang pekerjaan berkualiti untuk anak muda?

Retorik hak bukan Islam

Abdul Hadi cuba menenangkan masyarakat bukan Islam dengan janji bahawa Pas akan menjaga hak mereka.

Namun, rekod pentadbiran Pas di negeri-negeri membuktikan sebaliknya. Banyak dasar dilihat tidak inklusif, malah menimbulkan rasa terpinggir.

Hakikatnya, ucapan itu hanya gula-gula politik untuk mengaburi mata masyarakat majmuk.

Politik moral? Atau politik hipokrasi?

Lebih menghairankan, Pas lantang mengecam politik tamak, rasuah, dan penipuan.

Tetapi dalam masa sama, Pas terus bersekongkol dengan pimpinan PN yang dikaitkan dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa.

Rakyat boleh menilai sendiri, adakah ini politik bersih yang dijanjikan Pas, atau sekadar topeng moral untuk menutup kelemahan sendiri?

Malaysia perlukan penyelesaian nyata, bukan slogan

Malaysia kini berdepan cabaran besar, kos sara hidup, peluang pekerjaan untuk anak muda, pembangunan ekonomi inklusif, perubahan iklim dan hubungan antarabangsa.

Apa yang rakyat perlukan adalah dasar yang jelas, pelan tindakan konkrit dan kepimpinan berwibawa.

Apa yang ditawarkan Pas hanyalah slogan ‘Kembali Kepada Penyelesaian Islam’ tanpa pelan ekonomi yang meyakinkan, tanpa strategi pembangunan yang realistik, dan tanpa rekod pentadbiran yang boleh dijadikan bukti kejayaan.

Pas boleh terus melaungkan retorik agama di pentas muktamar. Tetapi rakyat sudah matang.

Mereka mahu kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah hidup seharian, bukan parti yang hanya pandai berceramah tetapi gagal mentadbir.

Malaysia tidak boleh diserahkan kepada parti yang negeri pun tak terurus, apatah lagi negara.

Related Posts

Hadi seru perpaduan, tetapi hujah politiknya perlu dibuktikan

TULISAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk “Perpaduan Ummah Melayu Memimpin Malaysia” mengangkat mesej yang mudah diterima: Umat Islam perlu bersatu, pemimpin wajib amanah dan keadilan mesti diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

PERTUMBUHAN ekonomi Terengganu yang perlahan pada 2025 menuntut kerajaan negeri menjelaskan gambaran prestasi ekonomi secara lebih menyeluruh, bukan hanya menonjolkan kenaikan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini