Banjir Papar: Armizan dan agensi kerajaan giat salur bantuan

PAPAR – Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali bersama-sama dengan agensi kerajaan kini giat menggerakkan bantuan segera kepada penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini sejak awal pagi Isnin.

Susulan keadaan cuaca buruk dan limpahan air sungai yang menyebabkan banyak kampung dinaiki air serta beberapa kawasan terputus hubungan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar telah mengisytiharkan Bencana Banjir pada pukul 10 pagi ini.

“Saya bersama Pegawai Daerah dan Datuk Juil Nuatim kini berada di lapangan untuk meninjau situasi dan memastikan bantuan sampai kepada penduduk yang terputus hubungan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi media sosialnya, Facebook, di sini, pada Isnin.

Menurut beliau, keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan dan kebajikan penduduk, khususnya mereka yang terperangkap di kawasan yang tidak boleh diakses akibat jalan raya yang dinaiki air.

Antara langkah segera yang telah diambil termasuklah pemindahan mangsa dari rumah yang dinaiki air ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang telah dibuka di Dewan Masyarakat Papar dan penghantaran bekalan keperluan asas ke kampung-kampung yang terputus hubungan jalan darat.

“JPBD Papar sedang menyelaras operasi bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan agensi lain untuk pastikan tiada penduduk terpinggir daripada menerima bantuan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Armizan turut menasihati penduduk agar berpindah segera sekiranya kediaman mereka tidak lagi selamat dan sentiasa berhubung dengan agensi penyelamat atau JPBD.

Sementara itu, nombor perhubungan agensi-agensi penyelamat juga telah diedarkan bagi membolehkan penduduk menghubungi mereka dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Armizan turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang kini berada di lapangan dalam usaha menyelamat dan membantu penduduk.

“Ini bukan masa untuk berpolitik. Ini masa untuk kita bersama bantu rakyat yang sedang berdepan ujian,” ujarnya.

Setakat tengah hari, jumlah rasmi mangsa banjir yang dipindahkan masih dalam proses pengesahan oleh pihak berkuasa, namun operasi pemindahan dijangka meningkat jika hujan berterusan.

Orang ramai di kawasan berisiko diminta terus peka terhadap arahan pihak berkuasa dan segera berpindah jika diarahkan. 

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak