Pondok Keselamatan Farley kukuhkan kolaborasi PDRM, komuniti

KUCHING– Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat apabila merasmikan Pondok Keselamatan Farley di Kuching pada Isnin sebagai simbol kolaborasi strategik bersama sektor swasta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Farley Group yang turut dilaksanakan di beberapa cawangan lain termasuk Kota Samarahan, Bintulu dan Sibu.

“Pondok keselamatan ini berperanan sebagai pos pemantauan strategik untuk pasukan MPV (Mobile Patrol Vehicle) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

“Selain itu, ia menjadi lokasi rundingan taktikal pasukan rondaan sebelum digerakkan ke sektor masing-masing,” katanya pada majlis perasmian Pondok Keselamatan Farley di Kuching pada Isnin.

Beliau menambah kolaborasi erat dengan pasukan keselamatan Farley juga berjaya membantu polis mengekang jenayah melalui perkongsian maklumat serta bantuan segera di lapangan.

Majlis itu turut dihadiri Pengurus Farley Kuching, Eiyen Lau; Ketua JPJKK Sarawak, SAC Dr Parusuraman Subramanian; Ketua Jabatan Pengurusan, SAC Rizal Abdul Rahman Sidek; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Lim San Aik; Ketua Cawangan Khas, SAC Mahbub Mustofa Norsalim serta Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu .

Pondok keselamatan Farley diharap menjadi platform berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan rondaan, malah mengeratkan hubungan antara polis dengan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan lestari.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman