Membakut, Papar diisytihar kawasan bencana banjir

KOTA KINABALU – Daerah Membakut dan Papar pada Isnin diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan paras air sungai meningkat ke tahap bahaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Membakut (JPBD), Ibrahim Terki berkata, pengisytiharan dibuat pada pukul 8.22 pagi, pada Isnin.

“Berdasarkan laporan dan maklumat lapangan daripada agensi-agensi JPBD.

“Kami mengisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan dan Dewan Masyarakat Bongawan.

Jelasnya, selepas pemeriksaan mendapati rumah serta kawasan penduduk terjejas bencana (PTB) tidak lagi selamat didiami.

Sementara itu, Pengerusi JPBD daerah Papar, Muhammad Mohd Ali berkata, pengisytiharan kawasan bencana dibuat pada pukul 10 pagi.

“Satu PPS telah diaktifkan iaitu di Dewan Masyarakat Papar,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bersama-sama Pegawai Daerah dan agensi berkaitan turut meninjau keadaan banjir di sekitar Papar pagi ini.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

KETUA Wanita PKR, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat